Skip to main content

Hidup Bukan Rahsia.

terjemahan life is an open secret: hidup bukan rahsia!
 Petang yang mendung namun tiada hujan menemani. Hanya tinggal aku seorang diri memandangkan semuanya ada kerja yang perlu diuruskan. Hm, hanya tinggal beberapa hari sebelum aku kembali menatap wajah-wajah tersayang yang sangat-sangat dirindui. ^haha, yang dekat diabaikan, yang jauh dirindu-rindu.^ Sebenarnya sudah beberapa hari mahu menulis tentang perkara ini namun bacaan belum dapat diselesaikan. ^sibuk online ajo kojenya.^

Mari kita terus kepada isi yang mahu aku utarakan.. =)
***


Serasa saya ramai yang mengenali penulis ini. Zabrina A. Bakar. Penulis "Life is an open secret". Beliau merupakan seorang penulis antarabangsa yang mana buku-bukunya tidak hanya diterima di Malaysia namun banyak negara. Manakan tidak, beliau menulis dalam bahasa Inggeris.

Tulisan beliau mengajak penulis untuk sama-sama duduk dan memikirkan apa yang ditulis oleh beliau. Cerita beliau mungkin hanya cerita biasa yang berlaku sehari-hari dalam hidup namun beliau mengaitkan pula dengan al-Quran, hadith, dan kata-kata yang berkaitan supaya kita boleh mengambil pengajaran daripada cerita yang beliau sampaikan.

Saya masih  ingat ketika beliau ditanya bagaimana beliau mula menulis. kata beliau, sebelum memulakan kelas, beliau akan hiburkan para pelajar dengan cerita-cerita bagi memotivasikan mereka. Dan beliau mengumpuk cerita-cerita yang ditulis. Hinggalah pada suatu hari cerita-ceritanya semua hilang [tak ingat sebab apa]. Dari situ beliau mulakan kembali dan menulis buku pula.

Saya percaya anak muda lebih sukakan gaya bercerita berbanding diberikan fakta demi fakta yang memberatkan kepala mereka. Justeru buku "life is an open secret" adalah sebuah buku yang perlu dampingi kerana penulis mengajak kita untuk sama-sama merenung apa yang ada dan berlaku kepada kita dan belajar.

Dalam buku ini, terdapat 18 cerita yang merupakan 18 rahsia dalam kehidupan:
  1. Kasihi ibu kita
  2. tentukan arah tujuan anda dengan bijak
  3. bangun awal
  4. hadapi cabaran dengan berani
  5. tetapkan matlamat dan berusaha
  6. jalin hubungan rapat
  7. kuatkan iman
  8. perbaiki kemahiran komunikasi anda
  9. bersuara dan bertindak
  10. berfikir sebelum bersuara
  11. urus masa anda
  12. bersedia merebut peluang
  13. ada ubi ada talas, ada budi ada balas
  14. separuh berisi dan separuh kosong
  15. bersabarlah
  16. amalkan sikap konsisten [istiqamah]
  17. fikirkan kepentingan orang lain
  18. bertawakkal kepada Allah
  19. [rahsia bonus] = carilah perkara yang anda minati.
  Setiap rahsia yang beliau sebutkan disertakan dengan kisah-kisah menarik yang disulam dengan ayat al-Quran, hadith dan kata-kata yang berkaitan.

apa kata beliau? Beliau menulis kerana beliau rasakan perlu memberi sesuatu.

Fikirkanlah dan ambil pengajaran walau yang kita lihat hanya sehelai daun yang gugur daripada dahannya...

Mahu baca apa yang beliau tulis? Boleh ke blognya di sini.
Wassalam.

jamilahcontengconteng:esok keputusan imtihan akan diumumkan.. Maka buat warga IIUM semoga najah. Haha, aku belum dapat tengok keputusan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub