Skip to main content

.Menghitung Hari.

Di jambatan usia yang makin mereput, bilakah ia akan roboh?


1431 Hijrah akan luput daripada kalendar hari dan 1432 akan mengambil alih kiraan. Jadi, usia kita akan bertambah angkanya lagi. Hakikatnya, usia kita makin hilang kerana ia berkurang dan berkurang seiring hari yang berlalu. Tetapi bagaimana sebenarnya hari kita yang berlalu itu?

*bertanya seketika kepada diri.*

Surah al-Asr yang dibaca setiap kali usai majlis adakah punya kesan dalam diri?

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran." (al-Asr:1-3)
Dan bukankah kita sudah menghafal lagu Raihan bertajuk "demi masa" yang merupakan petikan Hadith Rasulullah...

"REBUTLAH LIMA MASA SEBELUM TIBA LIMA MASA,
 MASA MUDAMU SEBELUM TUA, MASA SIHATMU
 SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM
 FAKIR, MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN
 MASA HIDUP SEBELUM MATI.
 (MAKSUD HADITH
)
"
Sungguh sebanyak mana buku dibaca, sepanjang baca tulisan, semuanya tiada makna andai semua itu tidak terzahir dalam kehidupan seharian. Memang payah, namun kita kena berubah sedikit demi sedikit, kan?
berharap yang terbaik.
Justeru, wahai diri, sebelum 1431 tinggalkan kita, mari kita ambil sedikit masa dalam 24 jam yang Allah pinjamkan untuk menoleh dalam tempoh setahun apakah yang sudah kita lakukan? Adakah 1431 berlalu tanpa kita sedar? Atau banyak yang sudah kita laksanakan?

Kita ingat sambutan tahun baru masihi saban tahun, kita juga kena ingat sambutan maal Hijrah...

Wassalam.


Nota Sebelum Titik:Sesaat masa berlalu tidak dapat dianjak lagi.

kredit gambar: google

bertanya akan diri,
6.26p.m/2.12.2010
Qamar Jamilah, Mahang.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...