Skip to main content

penulis dan politikus.

Saya perasan perkara ini namun saya tidak tahulah adakah ia satu kebenaran yang tertulis atau hanya saya perasan begini.



Suatu hari, ketika kelas modern poetry class ustaz mengatakan yang dia tidak suka bidang politik. Ustaz ini merupakan seorang penyair zaman moden kerana beliau ada diwan sendiri.



Saya pernah membaca sedikit tentang Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang pernah menjadi wakil rakyat namun rasa saya tidak lama...



Saya melihat senario seorang politikus dan seorang penulis itu adalah dua dunia yang berbeza.



Jarang dilihat seorang penulis yang menjadi politikus (mungkin ada)



Dan seorang politikus yang sangat pintar menulis.. (lainlah bercakap.)



Saya sendiri secara jujur walaupun kadang suka melihat senario politik negara kadang menjadi rimas dengan dunia politik yang terasa tidak kena dengan diri. Mungkin bagi orang lain saya seorang yang lari daripada perjuangan dan MALAS serta TAKUT, namun saya tidak dapat bertahan.. Entahlah.



Seorang penulis boleh menulis tentang politikus namun rasa saya dia agar sukar untuk masuk dalam dunia politik.



Entahlah!



Serasa mahu melontarkan juga tentang ini, setelah saya peramkan berhari-hari.



Bagi anda yang terbaca entri ini, apa kata anda? Bolehkah seorang politikus dan penulis itu selari?



Saya melihat dunia poltik dan penulisan itu sebagai dunia yang lain...



Wassalam.



Fuh! Puas. tertulis akhirnya.

10.38p.m/23.12.2010.

Taman Ilmu dan Budi.

Comments

aslm. pada saya bilamana politikus sememangnya berbeza dengan penulis...tapi bilamana kita lihat beberapa tokoh politik islam...membawa maksud mereka terlibta dgn politik, mereka membawa agenda islam, mereka juga menulis, malah hebat ilmunya...nah ini semua terjadi bilamana islam yang diperjuangkan, bukan profession, minat atau hobi, atu bakat...saya yakin anda tahu siapa tokoh yang saya maksudkan. ini pendapat saya seorang yang masih jahil dan masih menimba ilmu.... (melihat dunia dan akhirat dgn satu matlamat:redha Allah) syukran
Kak Radziah binti Abu Bakar,

Oh, akak..

Terima kasih.

Mungkin saya terlupa akan hal ini.

Terima kasih ingatkan saya..

Saya yang masih mentah..

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...