Namanya buah binjai. |
Sebelum ini, saya hanya mendengar nama ini melalui sahabat saya, Kak Husni. Alhamdulillah, kepulangan beliau ke kampung Ramadhan lalu membawa bekal buah ini. Pertama kali merasa dan saya sudah kenal buah baru... buah binjai..
Benar. Sebelum ini berulang kali Kak Husni bercerita, saya tidak dapat membayangkan bagaimana rupanya buah binjai itu.
Saya teringat lagi kata-kata pak cik India pemandu teksi yang bertanya akan bau yang wangi ketika kami menaiki teksi beliau. Lalu Kak Husni memberikan sebiji kepadanya. Katanya ini kali pertama dia akan merasa buah ini.
Benar, bau buah harum dan buahnya walaupun terasa manis bercampur pahit sedikit [aku rasa macam buah bacang + mangga] ternyata lidah saya dapat juga menerimanya. Tidak hairanlah jika Kak Husni kata buah ini boleh diletakkan dalam almari maju sebagai pewangi baju. =]
Melihat gambar pada sahabat saya Kak Husni akan pokok binjai memang besar. Tingginya menjulai dengan buah yang melebat.. Subhanallah... =]
"Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly., beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), bingluSd.), dan (wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia.Nota Sebelum Titik:buah tempatan sebenarnya kaya dengan khasiat juga. Lihat sahaja pisang.
Kerabat dekatnya, kemang, seringkali dianggap serupa dan dimasukkan ke dalam spesies ini. Akan tetapi beberapa pakar menyarankan untuk memisahkannya dalam jenis tersendiri, Mangifera kemanga" -wikipedia
Comments