Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Bicara Sepi.




Usah biar Syaitan bisikkan kejahatan dalam dirimu! Bangkit! [gambar hasil carian di google]

Astagfirullah...

Hati ini seakan digelapkan oleh zulmatnya kejahilan. Aku sering gagal menangkis penyakit malas yang selalu bersarang dalam diri. Aku sendiri tidak memahami diri sendiri. Tidak tahu apa yang aku boleh buat supaya aku sendiri berubah. Aku gagal untuk menjadi seorang muslim yng baik. Aku gagal menjadi anak yang baik. Aku gagal menjadi sahabat yang memahami sahabatnya yang lain. Semuanya aku gagal

Tapi siapa kau yang nak menentukan kau sudah gagal atau menang?

Ya Allah, bantulah hambamu yang sedang mencari nur ilahi ini. Aku sedar selama ini aku perlukan pertolongan-Mu. Sedang aku sering lupa dan alpa untuk sujud kepadamu. Tunjukkan aku jalan menuju rahmat dan keampunan-Mu. Aku tidak mahu bergelar seorang hamba ynag lupa segala yang Allah berikan untuk aku.

Allah Yang Berkuasa membolak balikkan hati ini. Bantulah aku. Bantulah aku. Bantulah aku menuju rahmatmu.

Aku menukil cerita kerana aku mahu memberi semangat pada diri sendiri. Tapi aku belum menjadi seperti watak dibina. Seorang yang tidak takut pada ujian. Yang sabar dengan mehnah. Aku masih seorang manusia biasa yang sedang berjalan di muka bumi. Ada cita-cita tapi tak bekerja untuk mencapai cita-cita itu.

Aku ada banyak kerja, tapi aku selalu sibukkan diri dengan sesuatu luar silibus. Aku banyak menghabiskan masa dengan laptop dan main-main. Aku tidak belajar dengan serius.

kejayaan akan makin jauh andai aku yang tidak menolong diri sendiri. Aku tidak mahu jadi orang kalah. *loser.*

Ya allah, beri aku jalan menuju redha-Mu. Aku perlukan kasih sayang-Mu untuk meneruskan hidup yang amat mencabar ini. Aku mahu jadi orang yang bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain. Gunakan ilmunya untuk kebaikan. Aku jadi faqih dalam agama.

Tolong aku,Allah...

Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang bermain di jiwa ini. Beri aku kekuatan, Allah...

Penulisan, dakwah, pelajaran.

Jika aku tidak dapat laksanakan semua, moga diri tidak tinggalkan semua. Fiqh awliyat bukan bisa aku ikut lagi. Ilmu bahagi masa masih gagal.

*Sh.. Jangan banyak mengomel.*

Aku belum berjaya bahagikan masa dengan sebaiknya.

Kadang akuu terasa mahu menangis, menjerit , meluahkan segalanya...

Tapi aku tak mampu..

Namun,
aku tahu Ya Allah.

Sesungguhnya Allah dekat dengan hamba yang menghampirinya.

=]

Bicara Durrah Nur Aqilah buat diri,
05.05pagi.
~Justeru hati ini masih mahu bicara~

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...