Skip to main content

mencari.

adakah kerusi yang aku duduki sekarang sesuai untuk aku? [kredit gambar: hasil carian di google ]
 semalam saya menyemak segala tulisan yang pernah saya tulis sebelum ini dan ternyata kebanyakannya adalah contengan-contengan pengalaman dan kisah-kisah yang terjadi seputar kehidupan saya. Maka, saya terbuai seketika dengan apa yang sudah saya tulis.

bagi saya, menukil pengalaman sendiri itu indah kerana saya bisa mengingatkan diri sendiri ketika saya sedang mencari semangat buat diri. Saat saya perlukan kekuatan untuk bangkit, saya akan kembali melihat kata-kata yang pernah saya tulis.

"Ah, dulu aku begitu, kenapa sekarang aku sudah jadi begini?"

"Dulu, aku boleh sekarang kenapa aku lemah sangat."

Ah, saya tahu mungkin dan tentu ada yang berkata berhati-hati menulis dalam blog apatah lagi sahabat yang dekat dengan saya pernah mengatakan.

"Nak kenal Jamilah bacalah blognya."

Ha, ambik! Orang cakap mereka boleh kenal saya berdasarkan tulisan-tulisan yang pernah saya tulis. Sedang saya sendiri tidak bisa menilai diri dengan apa yang saya nukil sebelum ini. Kadang tinta yang dibicara sudah ada tambah tolak di sana sini walau hakikatnya saya banyak menulis tentang diri.

ya, batasan memang ada namun mungkinkah saya yang terlalu berterus terang?

Mungkin disebabkan saya selesa dan asyik mencurah dalam laman ini supaya saya bisa membebaskan segala rasa yang bertampuk dalam jiwa. Saya bukannya siapa-siapa untuk menulis tinta-tinta hebat. Saya bukan seorang penulis yang dapat mengarang cerita hingga mengesankan pembaca. Saya juga tidak seorang penulis puisi yang bisa mencipta kata puitis yang lekat di hati.

Hakikatnya, saya seorang pencari. Bak kata Habibah, MUSAFIR. [benar, aku rindu tulisan kamu]

Tetapi benarkah lagak saya itu sebagai seorang musafir. Bagaimana agaknya laku si musafir?
  • sediakan bekal
  • kutip pengalaman sepanjang perjalanan
  • Belajar daripada semua peristiwa yang berlaku.
  • bersedia dengan sebarang kemungkinan.
  • ambil peluang yang ada sepanjang dalam permusafiran.
Hm, ini sedikit sahaja yang mampu saya tulis. Maka, saya menyoal diri, adakah saya layak menjadi seorang musafir? Musafir di dunia kelana? Musafir yang akan menghadap pencipta kerana kita hanya singgah di dunia. singgah dalam musafir yang pendek sebenarnya.

titik.

Baik, sebenarnya saya menulis tajuk 'mencari' kerana sememangnya saya masih mencari erti diri. Cuba mengenal seorang Jamilah yang dekat dengan diri. Saya sangat sedar yang saya cepat untuk berubah dengan keadaan.

*tak faham?*

Blog ini contohnya. Saya tidak ingat bilakah blog jamilahnorddin.blogspot.com ini saya bina. Yang pasti saya menulis dan menulis hingga satu tahap saya jadi bosan dengan tulisan sendiri. Saya padam, kemudian saya bina blog baru. Saya padam kembali hingga entah berapa blog yang terbina. Saya selalu  merapu dalam blog, maka maafkan saya bagi yang membaca segala rapuan saya dalam alam maya ini.

Saya cuba untuk konsisten dengan cara penulisan yang sama namun selalunya saya gagal. Saya lebih suka membiarkan aksara itu terbang bebas... Saya menulis suka suki sahaja.

Ya, itu yang saya jumpa.

Saya belum ada matlamat yang jelas dalam menulis. Walaupun saya kata yang mahu jadi penulis tetapi belum tentu akhirnya saya menjadi penulis, kan? Boleh jadi saya menjadi ustazah/cikgu walaupun tiada dalam senarai cita-cita saya mahu mengajar. [ah, saya paling lemah jika perlu menunjuk ajar, walaupun saya tahu inilah yang meningkatkan kefahaman.]

Saya suka membaca coretan-coretan di alam maya kerana daripada tulisan mereka saya mengenal 'kepelbagaian'. 'warna hidup' yang mungkin saya tidak temukan dalam dunia realiti. Daripada situ saya belajar tentang sesuatu.. Ah, banyak yang saya belajar...

Sekarang saya masih dalam fasa mencari. Mencari sesuatu yang dapat membuatkan saya berhenti memadam segala khazanah di sini, hinggakan saya tetap menulis dan terus menulis dengan satu azam dan tekad.

=]


insya allah....



jamilahcontengconteng: haha, aku sudah kembali merapu dan merapu. Aku suka dan bebas begini. maaf. maaf ambil masa kalian membaca contengan aku dan tak faham. =]

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...