Skip to main content

[Diam Seketika dan Layan.]

Usah di salahkan takdir yang melanda

Renung kembali sejarah silam

Dengan membiarkan ku sendiri

Ku terumbang ambing mengenal diri




Mujurlah Allah itu mengasihi

Aku diberi arah petunjuk

Berlindung dengan Allah

Menerus kehidupan

Ku mengenal makna

Dosa dan pahala




Dengan kehendakNya

Kau datang semula menghampiriku

Dan aku terpaku

Hingga ku hilang tiap bicara
Bukan ku menjauhi

Tetapi amat sukar sekali

Bila kenang kembali

Aku disisih dan dibuang ke tepi

Malah aku tidak dipeduli



Allah Maha Mengetahui

Yang ada dihati

Biar Dia menentukannya






Usah disalahkan takdir yang melanda

Renung kembali sejarah silam

Ku redha dan sedia. terima

Yang tertulis dalam kehendakNya



Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers

Lirik: Lukman S

Susunan muzik: Along Exist 


***
"redha" nyanyian ini punya makna dalam kehidupan saya. Entahlah, saya suka benar pada lirik lagu ini terutamanya dilayan ketika saya sedang terkenangkan sesuatu dan dalam situasi 'otak senget'. Maka, saya berulang-ulang kali membiarkan lagu ini terpasang mengisi telinga. 
Dahulu, lagu inilah yang menghiasi blog untuk beberapa ketika sebelum saya memadamnya kerana mengganggu. Namun lagu ini tetap lekat dalam hati..


Liriknya membuatkan saya sedar kembali yang apa yang saya lalui kecil cuma berbanding orang lain. apa perlu saya terus dan terus bersedih sedang apa yang Allah beri itu semuanya nikmat.


=]


Senyum!


Alhamdulillah.


p/s: gambar bayi-bayi comel itu sekadar hiasan. Langsung tiada kaitan dengan tajuk.


wassalam.


layan redha, pujuk diri,
11.17p.m/6.12.2010




Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub