K.O.S.O.N.G. |
Apakah yang perlu disesalkan pada masa yang berlalu sedangkan hari ini sepatutnya saya lalui dengan penuh kesyukuran. Siapakah yang dapat menduga hari ini memang masih ada untuknya. Siapakah yang dapat menjamin saya tidak akan mati hari ini? Semuanya ada dalam perkiraan Allah sedang saya manusia biasa yang sering terlupa yang sebenarnya saya seorang manusia.
Baik, sebenarnya saya tidak ada cerita yang mahu dikongsia justeru saya biarkan akal, hati dan jemari bekerjasama menjadi sebuah tulisan yang entahapaapa. Saya memang tidak pandai menulis.
Saya tahu saya bukan manusia baik. Namun adakah manusia yang tidak baik selamanya menjadi tidak baik. Oh, saya jarang berada dalam dunia realiti dan membuat sesuatu yang biasa dilakukan oleh seorang manusia. Bolehlah dikatakan saya seperti seorang alien yang datang dan tidak memahami fungsi seorang manusia lalu saya bertindak sesuka hati saya. Ya, saya buat apa saya suka dan tinggal apa yang saya tidak suka. Titik.
Sesungguhnya keinginan untuk menjadi baik akan ada dalam diri sesiapa sahaja. Sesiapa sahaja. Diulangi. Sesiapa sahaja.
Titik.
idea terhenti di sini sahaja, maka tiada sambungan rapuan ini...
26.12.2010/8.02a.m./Asma' E2.5
Comments