Ini cerita semalam. Kisah manusia bernama saya dan dia. Kami ditakdirkan bersama-sama ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010. Semuanya berlaku tanpa dirancang dan mengikut gerak kaki.
Paginya, selama tiga jam bertapa untuk belajar 'Arud. Sungguh saya bukannya dapat semua yang ustaz ajarkan itu. Semakin hari makin payah mencerna perkara yang diterima akal dan kadang menjadi lambat respon. Orang katakan perkara lain saya faham lain. Akhirnya berlaku salah faham.
(selingan rapuan)
Malas mahu bercerita.
Berjumpa dengan Imaen dan seorang lagi penulis Jemari Seni, Bahruddin Bekri, Ustaz Zahiruddin Zabidi, Kak Noor Suraya..
Haha, maaflah, saya teruja dan 'lupa daratan' sikit apabila bertemu dengan para penulis yang kenal wajah mereka itu. Ketika itu dengarlah saya celoteh itu ini.
Okey, biarlah gambar ini yang bicara.
|
Mengisi perut dahulu agar hati senang! [The Mall] |
|
Pesta buku ini kecil sahaja. |
|
Hasil carian! Haha, pesta buku kanak-kanak, saya cari buku kanak-kanaklah. |
|
Tiga buah diari |
|
Buku sulung Hlovate untuk kanak-kanak. Seronok! Dah habis baca. |
|
Sambungan Impiana dan Impiana II oleh Ain Maisarah. [saya tersilap beli dua set] |
|
Antologi cerpen Dr Faisal Tehrani. Terbaru! |
Berada di sini memang membuatkan saya sedikit gila dengan banyaknya buku di gerai PTS. Haha, saya tidak terasa sudah mahu membeli novel. Seronok juga baca buku untuk pelajar sekolah menengah.. Suka benar saya membeli buku yang menggunakan uslub diari. Ya, selepas ini saya mahu kumpul buku dalam kategori ini pula. Jika orang lain suka baca komik dan sebagainya saya suka baca diari. (siapa tahu, nanti saya pula yang menulis diari. Haha.)
Melihat Behruddin Bekri dari jauh, entah semangat apa hadir dalam diri hingga membuatkan saya menegur beliau untuk meminta autograf.
Tak malu. Rasa rugil pula jika saya lepaskan peluang ini. Saya suka dan sangat sayang buku yang ada autograf penulisnya.
|
Autograf Behruddin Bekri (selamat bertemu lelaki baik. haha.) |
Di gerai Jemari Seni, saya tersenyum melihat Imaen ada di situ. Entahlah, saya tidak reti mahu bersembang. Ah, Imaen masih ingat yang saya datang daripada UIAM. Katanya tiada lagi persatuan di UIAM yang menjemput mereka membuka
booth di sana. Ha, jika ada mahu membuat book fair, jemputlah sama Jemari Seni. Serius saya suka baca buku-buku JS. Manalah saya tahu ada penulisnya di situ. Saya beli buku Terima kasih, cikgu. Oh, rupanya ada penulisnya. Maka, saya dedikasikan buku itu untuk si Aqilah.
|
Bukan untuk saya! |
Ha, nampak ustaz Zahiruddin. Ish, kena beli lagi buku. Maka, saya belilah buku beliau.. untuk minta autograf.. Haha, niat keji!
|
daripada ustaz Zahiruddin. (cik puan!) |
Haha, cukuplah saya menconteng malam ini... Langsung tidak ada kebosanan membeli buku, membaca sedikit payah, dan mengamalkan paling sukar. ha, ambik kau!
(psst.. nak puasa beli buku. Baru minggu pertama ada sebelas buah.. yang seterusnya? Nak balik rumah.. huwa...)Sekian.
10.15p.mAsma E2.5, Taman Ilmu & Budi.
Comments
Banyaknya buku akak borong...jeles ni..hehe
Buku cerita menggunakan stail diari ti Ina suka...sangat suka baca gaya itu :)
:: sediakan bajet untuk pesta buku nanti pula yea.. :))
Waalaikumussalam.
huhu, buku kanak-kanak tu..
oh, entahkan sempat ke tidak ke PBAKL tahun sebab sebab ada kemungkinan masa tu cuti..
=]
pss... nanti Ina buatlah satu buku bentuk diari gitu.. mesti best!