Separuh nafasku terbang hari ini. |
Budak ini tidak bernama atau lebih mudah dipanggil anonimus. Hari ini dia ada kelas pada jam 3.30 petang setelah kelasnya untuk sesi pagi berakhir pada jam 12.40 tengahari.
Sampai sahaja di kamar dan makan, matanya mula layu. -Peringatan! Lebih baik kurangkan makan apabila ada kelas sesi petang. Ia boleh menjadikan anda mengantuk.
Lena punya lena, alarm pada telefon bimbit berbunyi.
"Sedapnya tidur." Syaitan berbisik di telinga hingga membuatkan dia kembali lena.
Sambung tidur.
Tersentak. Pandang jam. 3.25 petang. Sedangkan kelas akan bermula pada jam 3.30 petang. Sudahlah kelas letaknya di hujung
Bersiap ala kadar.
Sarung baju dan tudung.
Terus capai beg. Hanya bawa apa yang tercapai.
Langkah laju-laju.
Ada pula orang menegur di pertengahan jalan.
Berhenti sebentar.
"bla,bla, bla.." Terus berjalan dengan laju. Nafas yang makin pendek tidak dihirau.
Edu LR 4.
Ketuk pintu.
"Assalamualaikum." Muka toya. Beri salam.
Terus ambil tempat duduk paling belakang.
Mujur sahaja ustaz belum memulakan kelas Traditional Critism hari ini.
=)
Demikianlah cerita seorang anon yang terlambat ke kelas hari ini.
Pengajaran: Berpadalah tidur. Ingatkan kelas sama. Bukankah tidak mahu lagi ponteng? Banyak tidur itu mengurangkan keberkatan usia.
Update lagi.
7.01p.m
ITD Taman Ilmu dan Budi.
Comments
Apapun all the best...
Rokiah doakan yg terbaik wt anon tu:)
rindu kamu:)
Haha, anon itu memang..
Biar rindu berlagu dalam diri.
huhu.
Cepatlah sambung entri tentang tidur..
Dan jadi ingatan buat akak..
=]
(harap ia tidak berulang. Seperti keputusan nafas sudah.)