Belajar bagi menghadapi peperiksaan hidup bukan sekadar peperiksaan akhir semester. | =] |
Dalam filem 3 idiots ini memberitahu khalayak supaya ingat bahawa pelajaran yang kita terima bukanlah sekadar untuk menjawab dalam peperiksaan yang akan dijalani tetapi bagaimana kita menggunakannya dalam kehidupan seharian. Apa yang dipaparkan memang realiti yang berlaku kepada kalangan pelajar. Menghafal walaupun kita tidak faham apa yang dibaca, belajar kuat ketika menjelangnya peperiksan, memohon dengan tekun pada Allah apabila takut akan gagal..
Apabila kita yakin dengan kemampuan dengan diri sendiri dan punya prinsip yang kukuh, kita tidak akan goyah dengan apa jua yang ada di depan kita. Walaupun kita mungkin hilang satu peluang, namun kerana kita punya prinsip, kita rela melepaskan peluang itu kerana ia berlawanan dengan prinsip kita. *tentulah ia prinsip yang baik sahaja*
Apabila kita punya yakin diri, kita tidak takut pada kegagalan. Sesungguhnya orang yang pernah gagal merasa pahitnya untuk bangun kembali dan dia akan beringat kala dia senang betapa payahnya dia mahu mencapai kejayaan itu. Ada sahabat saya pernah berkata, kalau kita tidak pernah gagal, sekali kita gagal, sakitnya boleh membuatkan kita payah untuk bangkit.
All iz well. Itu kata-kata semangat dalam filem ini. Bagi kita orang Islam, ada satu perkataan yang punya hikmat juga, Insya Allah. Bukankah Allah ada berfirman dalam kalam-Nya, antara maksudnya janganlah kamu mengucapkan sesuatu akan aku lakukan esok melainkan bersamanya ada kalimah insya Allah. [maaf, aku lupa ayatnya.] Jangan pula kita terikut dengan Insya Allah orang melayu yang jika diucapkan insya Allah itu sebenarnya berat kepada tidak mahu melakukan perkara itu. Ucapkanlah Insya Allah sebagai seorang Islam yang tidak mungkir janji. =]
Aku suka persahabatan yang dipaparkan dalam cerita ini. Bagaimana tiga sahabat itu sanggup saling membahu apabila kawan mereka dalam kesusahan. Walaupun akan menghadapi peperiksaan, mereka sanggup korbankan malam semata-mata menjaga sahabat mereka yang sakit. Ketika sahabat mereka ditimpa kemalangan, mereka berada dekat dengan sahabat mereka sehingga sahabat itu dapat sembuh.. Hm, tetapi yang tidak bolehnya ketika mereka membantu sahabat mereka dengan mencuri kertas peperiksaan... [menolong dalam kebaikan sahaja..]
Cukuplah aku membebel pagi limun ini. Aku bukannya pandai mahu memberi komen tentang filem yang ditonton atau buuku yang dibaca, hanya berkongsi..
Wassalam.
=]
Nota Sebelum Titik:Laskar pelangi...
1 Disember 2010,
2.36a.m
Qamar Jamilah, Mahang.
Comments
betul!