Skip to main content

Bergerak...

Assalamualaikum pembaca villa igauan. Harapnya kalian sentiasa dilindungi Allah walau apa jua yang kalian lakukan. Alhamdulillah, Jamilah kembali berlayar di lautan penulisan blog setelah empat hari kapal ini dilabuhkan sauhnya.

SEKSA!

Mungkin itulah perkataan terbaik yang dapat aku ungkapkan sepanjang sauh kapal ini terlabuh. Ada perkara yang mahu disampaikan. Ada cerita yang mahu dinukilkan. Ada impian yang mahu dikongsi bersama... Semuanya bersimpul dan bersatu dalam kepala, namun aku mahu lakukan sesuatu sebelum kembali menulis...

Inilah dia..

Koleksi entri diari jamilah-villa igauan: Mac-4 Ogos 2010
Ada 152 puisi yang aku cetak daripada lukluahnurjamilah.blogspot.com. namun ada antaranya hanya contengan.

Alhamdulillah, syukur aku lafazkan kerana berjaya juga mendokumentasikan entri yang ditulis dalam jamilahnorddin.blogspot.com dan lukluahnurjamilah.blogspot.com. Inilah sebenarnya yang menghalang aku daripada mengemaskini villa igauan selama beberapa hari. Mungkin bagi orang lain, ia sesuatu yang merugikan kerana perlu membelanjakan wang untuk mencetak entri-entri itu, namun bagi aku, itu satu khazanah yang tidak wajar aku abaikan. Mungkin suatu hari nanti aku perlukan untuk menilai pergerakan penulisan aku. Insya Allah...

Bergerak! Bergerak! bergerak!

Ada beberapa perkara yang aku mahu kongsikan. Hanya perkongsian dalam bentuk nota-nota ringkas.

* Aku berhajat untuk membukukan koleksi sajak yang ditulis dalam lukluahnurjamilah.blogspot.com. Bukanlah mahu menghantar kepada syarikat penerbitan, namun menghasilkannya dengan usaha sendiri. Maknanya, aku akan berusaha memilih lapan puluh sembilan sajak yang layak untuk diterbitkan (dengan nilaian aku) dan mencetaknya di kedai printing, kemudian memasarkan sendiri dengan jumlah yang terhad. Terasa mahu mencuba sesuatu yang baru dan bergerak menuju cita-cita.Apa kata kalian???

*Kelas Adab Islami. Aku nak tulis juga tentang ini, kerana setelah aku mengikuti kelas ini sebulan, aku seakan mahu menukar semangat untuk mengkaji sastera melayu kepada sastera islami (arab dan melayu mungkin)... Dalam kelas inilah aku mula mengenali Prof Taha Hussein, Najib Kailani, Naguib Mahfouz.. dan penyair serta sasterawan arab. Terasa 2 in 1 belajar dalam kelas adab islami kerana aku bukan hanya belajar tentang adab arabi namun didedahkan juga dengan sastera melayu. Ustaz lebih fokuskan supaya kami mengenali mazhab dalam penulisan.. (dah lupa belajar dalam MPR dulu)... SERONOK!

* Allah menguji aku dengan menjadi ketua kumpulan dalam kelas Leadership. Ketua yang terpilih kerana sistem undian. Allah sudah tetapkan aku untuk mengambil kertas yang tertulis leader itu walaupun aku cukup mengelak untuk menjadi ketua. Aku yang senyap, aku yang suka dipimpin perlu menjadi ketua.. Apakah??? Tetapi aku satu keuntungan apabila kelas leadership 7-8-2010 aku hanya perlu menjadi pengkritik sedangkan orang lain perlu bermain games.. Hakikatnya aku tidak faham apa yang aku cakap dan tentu sahaja orang lain tidak faham apa aku cakap. huhu... Tetapi aku sesuatu yang aku perlu hadapi... Berhadapan dengan MOHD ZHAFRI ZOHDI yang merupakan rakan sekelas aku sejak tingkatan satu hingga tingkatan lima. Allah, kuatkan aku untuk melaluinya... Nanti aku kongsikan di sini perkembangan kelas leadership kami yang mana kami perlu hasilkan kertas kerja untuk 'Week Health and Beauty' dan nama kumpula kami Shinee Nur Munawwarah dengan motto Al-Wajh saliim fi Al-Jism Salim... haha..

Titik.

Cukuplah dahulu untuk kali ini aku mencoret untuk kali ini..

"Umy, Jamilah memang tidak boleh diam daripada dunia blogging kerana mungkin ini cara Jamilah memcoret apa sahaja tanpa kawalan dan sangat bebas. Alhamdulillah Jamilah kembali menulis...."

8-8-2010
0654am
Meja Belajar Qamar Cantik C1-1

Comments

muSafir said…
Teruskan sahabat... =)
Jamilah said…
musafir,

tengoklah macamana.. depends myself. huhu..........
Jamilah said…
::umairah shafei::,

Semangat tanpa melakukan apa-apa langsung tidak ada makna.. :(

Ya, Umy lagilah kena cetak entri-entri Umy yang sangat bermanfaat + berguna + ada isi tu.. Sangat bagus. Hantar dekat syarikat penerbitan tentu ada yang mahu menerbitkannya.

Selamat untuk UMY juga..

Wassalam :D

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub