BERBUKA HARI PERTAMA 1431

Alhamdulillah, sudah selesai berbuka puasa hari ini. Meneguk beberapa kali air HPA ditambah dengan kismis sudah mengenyangkan bagi aku hari ini.Seperti biasa, sesudah terawih barulah aku akan menempah makanan supaya perutku tidak meragam ketika terawih kelak.

Memang tiada perasaan berpuasa hari ini. Entahlah! Rasa hambar dan tidak seperti puasa pun ada. Hanya melalui hari ini seperti hari lain... Tapi tadi duit aku melayang di tengah jalan raya. Huh, apa tidaknya kot yang selama ini aku pakai hanya aku letakkan di tangan. Ketika melintas, aku nampak duit RM 1 melayang, kau ingatkan duit siapalah itu. Rupanya aku yang punya. Huh...

Petangnya terpaksa bergegas pulang dan kembali ke kelas  dalam masa 15 minit. Tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Memang kalut, aku jalan tak macam perempuan ayu terakhir. Tapi memang tergesa-gesa dengan kasut bertumit.. huh.. Jamilah tak nampak macam perempuan ayu. Haha, memang pun jamilah bukannya orang yang ayu, tapi selamba dengan gayanya.. hehe...

Esok, meneruskan hari dengan tugas... Semoga hari esok lebih bersinar,, Amin..

Comments

FELIZ said…
cari gak sampai jumpa... baru rasmi ni.... he.. cmne nak tutup blog lama? tak reti....
FELIZ said…
assalamualaikum...
alahai... jangan la tak bersemangat cmtu....
baru sehari. belum dua hari! kita masih perlu berusaha lagi untuk menukarkan bulan Ramdhan ini kepada BULAN TAQWA. jangan risau
yah! berusaha lagi... meh la tengok blog S yang baru....
bicara feliz...
caro gak smpy jumpa....
Jamilah said…
FELIZ,

Waalaikumussalam,

hehe.. Jamilah ni tulis apa yang dia nak tulis saje, tak kiralah benar atau tidak. huhu..

Ya, baru sehari kan???? Insya Allah, semangat tu akan datang juga. =)

Alhamdulillah, dah jumpa blog FELIZ pun... Bagus!!!



Menulislah!
Akhyar said…
sedih sgt crita psl duit tu.
heh.
Jamilah said…
Akhyar,

Huh...

Bukan senang nak tengok duit melayang depan mata tu...

("_")

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut