Sahabat Itu Cermin Untuk Sahabtnya



"Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memberikan bayangan yang sesuai apa
adanya yang dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia
akan mncerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya."

Aku ambil ciri-ciri sahabat sebagai cermin ini daripada laman sesawang halaqah.com

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela, tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kitadengan lembut, sehingga denganspontan kita akan mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
siapa saja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
cermin selalu siap dipakai bila-bila masa. Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin dihadapannya dan
dilakukannya dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
diantara sifat cermin adalah berterus terang dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin, jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

RasulullahS.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : "Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi semata karena Allah."

Kita selalu mendengar orang berkata kalau kawan dengan penjual minyak wangi, haruman minyak wangi akan terpercik kepada kita, tetapi kita berkawan dengan pembuat besi, bau busuk habuk besi akan terbau juga pada pakaian kita.. Renung-renungkan..

Aku ini belum pun menjadi cermin kepada sahabat-sahabatku, namun dalam masa yang sama aku sendiri takut orang melihat aku sebagai cermin kepada sahabat aku.

Jujur.

Ya Allah, peliharalah kami dalam bersahabat keranamu.. Jangan ada rasa tidak bagus dalam diri, jangan biar cemburu menguasai dan semoga kami tidak bersahabat kerana sesuatu yang selain-Mu Ya Allah... Aku takut aku bersahabat dengan orang lain kerana apayang ada pada mereka..

Aku pernah melalui fasa itu dan aku tahu kesannya tidak sama daripada kami bersahabat kerana-Mu Ya Allah.. Aku bersyukur Kau berikan sahabat yang mendamaikan mata dan jiwaku...

Terima kasih, Allah,..

Comments

Jamilah said…
Iman Co,

yup! betul..

sebaran untuk pembaca2..

Terima kasih atas nasihat

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut