Skip to main content

Ainul, syukran Jazilan!!!

Tarikh berlaku: 19-8-2010
Masa: Selepas solat Asar
Lokasi berlakunya kejadian: Masjid SHAS, tingkat 3

Kamu mesej saya tanyakan masa terakhir kelas saya.. Katamu mahu bertemu saya sebentar... Saya membuat andaian sendiri, tetapi saya setuju sahaja apabila kamu kata mahu bertemu saya usai solat Asar...

Sampai di masjid, kamu ter'kantoi' dengan saya.. Saya lihat kamu seperti sedang membalut sesuatu... Hihihi... Saya berlalu seperti tidak nampak, Macam tidak tahu.

Solat Asar..

Okey..

Kamu hulurkan bungkusan.. Berbalut putih. Warna yang menggambarkan kesucian isinya.. Saya seperti dapat agak apa dia.. Kamu peluk saya.. Hati saya merenyai.. Kamu ucap selamat hari lahir.. Kamu doakan saya.. karya saya... terima kasih sahabat...

Balik bilik saya tidak sabar mahu buka... Lihat apa kau beri...

Allahuakbar!!!

Kamu beri sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Sesuatu yang tidak tertanding seisi dunia.. Kamu berikan aku senaskah al-Quran.. Subhanallah...

Semanis madu pemberian itu.. Seindah pelagi hati saya apabila membuka helaian yang kamu lekatkan ucapan teman dan sahabat.. Saya tersenyum melihat! Saya tersedu membaca!

Kreatiflah, kamu Ainull...

Allah, terima kasih berikan aku seorang Ainul Salasiah... Semoga pemberian yang bermanfaat ini memberi saham buat diri beliau juga...

Syukran!!!

Comments

AinuL HayaT said…
Salam akak :)

Maaf...lambat ina ucapkan 'selamat ulang tahun kelahiran yg ke-21"

***moga bertambah kematangan seiring usiamu... ( bukan bmakna sebelum ini xmatang tapi mantopkan lagi segala kemantopan tue...hehe )

***sayang akak...why do i say like that???becoz...tiap kali ina baca hasil tulisan akak pasti jiwa ini tersentuh...jadi insaf bahawa diri ini kepunyaan Allah...terutama tulisan yang melibatkan muhasabah diri...akak ada aura yang mahahebat dalam bidang ini, teruskan berlari akak :)

***sentiasa menyokongmu...

Ina, bumi UPM :)
Jamilah said…
Ainul Hayat a.k.a Ina...

Wassalam, Ina..

Terima kasih atas ingatan yang tidak luput... Hari tu akak jumpa kak Dayah.. Dia ada kerja datang UIA.. Hm.. bilakah agaknya boleh berkumpul..

Ina, pertemuan kita suatu rahmat setelah bertemu di dada majalah.. Terima kasih atas pertemuan ini.. Terus menulis dik.. (kata kat diri sendiri juga)

Tulisan akak hanya cerita sehari-hari.. Menulis supaya tangan tidak kaku walaupun kekadang hanya contengan.. terima kasih membaca.. =)

*Ina, sayang Ina kerana Allah.. SELALU.
Cik Cumi said…
wah..ada Ainul jugak kat atas tu..hehe..Selamat berkenalan Ainul Hayat..

Terima kasih untuk segalanya Jamilah..
Jamilah ada satu kualiti yang orang tak nampak..sebab tu kami suka bersahabat dengan Jamilah...
Rasa sangat best kawan dengan Jamilah..

Syukran 'ala kulli haal...

Sayang kamu!!!
jamilah said…
Cik Cumi,

hihi.. itu sahabat MPR dulu..

huhu..

Semua orang ada benda tu, Ainul...

Syukran laki aidhon 'ala kullihal...

Sayang cik cumi juga!!!

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...