Skip to main content

Talk by Hilal Asyraf

Alhamdulillah, semalam aku sempat mengikuti satu sesi tazkirah oleh Hilal Asyraf.. Hm.. Beliau bicarakan tentang kejayaan sebenar...

Aku bukannya nak tulis isi penyampaian, cuma nak kongsikan kesimpulan yang aku dapat dan pengalaman aku semalam...

Kami -aku dan kak husni- sampai ketika masih tidak ramai khalayak di LT 3. Alhamdulillah.. 8.30 malam, Hilal Asyraf sampai, mula-mula aku ingatkan insan yang bawa beg a.k.a amin misran itulah Hilal Asyrafnya, rupanya yang lain.. haha, teruk kan... Oh.. inilah Hilal Asyraf yang sebenar. ye la sebelum ni hanya tengok kat youtube, baca tazkirah dan cerita dia di langitilahi dan baca novel dia.. Hm, bagaimana ye kalau boleh jumpa Hlovate.. mesti best.. (semoga satu hari nanti)

Haha.. Melebih pula aku bercerita..

bagi aku, penyampaiannya lebih kurang apa yang dia tulis. Seketika aku teringat kepada Zabrina Abu Bakar. Kata beliau tulis macam kita cakap. itulah...

Hm, okey, masuk isi..

HA bercakap tentang kejayaan hakiki @ kejayaan sebenar.. Itulah syurga... Kalau sekiranya kita kata 4flat, rumah besar dan lain-lain itu kejayaan sebenar. lihat semula kehidupa kita dan dunia yang akan kita tempuh selepas kita mati.. mana lebih panjang? mana yang kita nak duduk lama???

Hm... Kerana itulah Allah berikan kita kehidupan yang merupakan modal untuk kita melakukan perniagaan dengan Allah. Beliau ibaratkan kehidupan ini seperti gelas yang perlu kita isi (pertama: HA ambil air mineral dan isi penuh (lkebaikan), .. kemudiannya beliau ambil air oren dan penuhkan gelas.. (kejahatan) Itulah perlambangan kehidupan. Kalau kita penuhkan dengan kebaikan, maka baiklah, namun jika kita penuhkan dengan kejahatan??? (jawab sendiri)

Kemudian HA sentuh sedikit tentang kewajipan belajar. Maka keluarlah cerita tentang syeikh beliau yang berbicara tentang ini... Katanya kalau kita tidur dalam kelas, kita tak belajar sungguh-sungguh.. semuanya itu adalah kita mengkhianati Allah.. Kenapa? Itu kan kewajipan. Macam kita tidur dalam kelas..

Kemudian, HA simpulkan dengan 4 point yang dipetik daripada surah Ali Imran :185
1. Mati bila-bila
2.Balasan di Akhirat
3.Kejayaan Hakiki
4. Dunia menipu daya.

Banyak lagi keterangannya yang HA berikan, namun jemari terasa beku pula mahu menulis lama-lama.

titik.

sedikit perkongsian.....

p/s: bulan september mungkin beliau akan ke UIAM lagi.. =)
p/s 2: tiada gambar sebab aku tak tangkap. Hanya sekeping yang disnap. haha

Comments

jamilah said…
Amin Misran,

oh, begitukah? memang sekali lihat nampak sama..

Kamu pun orang hebat juga...

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub