Alhamdulillah Allah izinkan aku untuk ke Puisi Riong berita harian malam ini. Ada hikmahnya aku tersilap masuk ke Main Auditorium IIUM sebelum ke KAED Gallery. Aku dapat juga melaksanakan solat Isyak sebelum menyaksikan Puisi Riong malam ini. Mulanya sedih juga dan nak menangis kerana aku tidak tahu untuk ke KAED Gallery. huhu.. Mujur Kak Su datang malam ini dan tunjukkan jalan.
Aku ke sana hampir sembilan setengah dan acara perasmian telah dilangsungkan.Ketika itu mereka sudah mahu emlancarkan tabung Palestin dan seperti biasalah... Sumbangan sebanyak... huh!
Alhamdulillah, boleh dengar puisi daripada Dr Lim Swee Tim, Datin Fatini Yaakob, Ustaz Uthman El Muhammady, Cicik peserta Akademi Nasyid 3, Prof Kamal Hassan dan Ramli Sarip.
huh, bagi orang mungkin ia sebuah persembahan biasa, namun bagi aku ini pengalaman sulung aku menyaksikan baca puisi secara langsung. Alhamdulillah.
Memang terasa juga walaupun tidaklah sampai meremang buku roma. Paling terkesan adalah persembahan puisi Prof Madya Lim Swee Tin. Seorang penyair cina yang sangat fasih berbahasa Melayu.
Hm, malam ini tengok dengan dekat timbalan perdana menteri, senyum je la.. Dan dia pun angguk kepala.tengok muka-muka yang aku baca tulian mereka dengan dekat.. Subahanllah. Semoga semanagat meresap dalam diri..
Alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk menyaksikan persembahan puisi malam ini yang dihadiri pelajar sekolah menengah.., Budak U tak layan sangat puisi begini... Ada dua tiga orang termasuk Kak Dayat MPR 2007 dan Kak Ghafirah Idris....
Titik. Biarlah gambar pula bercerita...
 |
Datin Fatini Yaakob yang sinonim dengan cerita Natrah. |
 |
Datin bercerita tentang Natrah |
 |
Datin Fatini hadiahkah buku Natrah untuk orang Melayu. Kita kena baca buku itu. |
 |
Datin Fatini bersemangat |
 |
Penonton kebanyakannya pelajar sekolah menengah yang dijemput |
 |
Ketika puisi tentang Natrah.. Itu wajah beliau. |
|
|
|
*Maaflah, gambar lain dalam laptop.. Hanya gambar ini rupa-rupanya terselit dalam pendrive aku.. Nanti aku upload
Comments
Takpe..kamu tentu pernah join aktiviti begini.. Bagi akak ni first time.. haha,
Nak tunggu kenderaan kamu la yang kena bawa kenderaan sendiri