1. Solat Tarawih pertama malam ini yang snagat meriah mewarnai Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dengan banjiran pelajar, pensyarah dan anak-anak pensyarah dan kakitangan yang memeriahkan suasana. tentu sahaja dapat melihat anak-anak yang berbagai wajah dengan riang turut menjaid penyeri malam-malam kami di sini. Seperti tahun lalu, sebanyak satu juzu' akan disudahkan dalam satu malam, namun aku hanya bertahan lapan rakaat sebelum pulang.
Aku suka dengan suasana begini. Sesak memang sesak namun keadaan ini hanya sekali dalam setahun dan aku sangat hargai kesempatan yang Allah berikan untuk aku kali ini. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.
2. Diari aku hilang. Aku mahu juga tuliskan di sini walaupun ia bukanlah sesuatu yang penting. Memang blog ini sudah menjadi diari untuk aku, namun diari itu adalah buku yang mana aku catatkan perasaan-perasaan aku. Sedih-suka-teruja- semuanya ada terkandung dalam itu. Catatan ketika semester dua lepas, semester pendek dan sedikit catatan semester ini., Innalillah... Aku tidak kisah hilangnya diari itu, mungkin Allah mahu aku lupakan kepahitan yang aku tulis dan bina lembaran baru. Semuanya terjadi dengan hikmah. Titik.
3. Masuk kelas survey dengan otak kosong. Langsung tidak tangkap apa-apa yang ustaz Taha ajarkan hari ini. Gelisah memanjang. Allah, apakah yang tidak kena dengan diri minggu ini??? Lompong makin besar.... Bisakah aku tampal kebocoran itu semula??? Jasad di kelas, akal menerawang teringat bermacam-macam benda luar alam.. Novel-rumah-puasa-diri- Semuanya mengganggu dalam masa yang sama. Mata memandang ustaz, namun akal melepasi kelas.... Ah, takutnya ilmu tu jadi tidak berkat...
4. Kelas adab islami seperti biasa penuh dengan perkongsian oleh ustaz Adli. Hanya seorang yang membentang hari ini. Kemudian ustaz bercerita.. Aku banyak tahu tentang Sayid Qutb, HAMKA dan beberapa orang ulamak Melayu.. Ustaz sentuh bagaimana HAMKA menulis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu bukan hanya maknanya selapis. Cinta. Tetapi mahu memberitahu masyarakat bahawa cinta itu fitrah, Ibu bapa tidak boleh menyekat anak perempuan untuk belajar kononnya kelak mereka akan menulis surat cinta, dan banyak lagi perkongsian yang tidak tersusun delam kepala ini..Aku suka walaupun belajar sedikit namun dapat banyak ilmu... Hari ini belum ada sasterawan yang menandingi saksyiah HAMKA... Subhanallah..
Titik. Menulis ikut aliran jemari.
1254am, @ Qamar Cinta Jamilah 1-1 @ 11-8-2010

Comments