Skip to main content

Jaga-Jaga!


Tak tahu nak tulis tajuk apa.. 
Tiba-tiba bangun hari ni rindu nak menangis.
Rasa lama benar aku tak mengalirkan air mata ni...
Rindu sangat-snagat..
then, 
masa bersiram sebelum memulakan operasi hari ini aku teringat benda-benda yang aku nak tulis dalam blog.
tapi aku tak ada tajuk khusus
aku nak tulis apa yang aku rasa tadi sampai sekarang..
****************

Saya ini hanyalah manusia kerdil yang tak ramai kawan sebab tak mencari. Saya mungkin spesis manusia yang senang ditegur di alam maya namun sombong di alam sebenar. Saya takut berhadapan dengan kumpulan ramai manusia dan sangat tidak suka menjadi ketua. Saya adalah saya dan kadang-kadang bukanlah saya yang berjalan sebagai saya.. huh//

Saya teringat satu benda. Tentang kapel islamik. tentang perjuangan yang saya lari. tentang makna sahabat dan kawan. tentang keluarga.. tentang masa depan. tentangs sesuatu.. tentang segalanya..

jadi saya tulis apa yang saya rasa nak tulis pagi ni.

Perkataan cinta sekarang telah dirosakkan oleh orang yang bercinta dalam hidup. Kita perlukan cinta untuk teruskan kehidupan, namun jujurnya aku takut dengan perkataan cinta itu sendiri. Aku takut tersalah memilih cinta dan aku mahu simpan cinta aku untuk seseorang yang layak menddapatnya.. (konteks cinta makhluk) Aku pernah menumpahkan rasa cinta (mungkin suka) itu suatu ketika namun itu adalah cerita budak hingusan, sekarang aku sedar perkataan cinta sendiri perlu aku jaga kerana aku takut ia akan berkurang apabila tiba masanya.. Aku mahu cinta yang tidak membuatkan aku rasa jemu..

Allah, saya melihat dan saya sangat kagum orang yang terlibat dalam seciety dan apa-apa persatuan. Maknanya mereka tidak bersendiri macam saya yang tidak mahu menjadi ahli apa-apa persatuan. Mungkin sifat aku yang tidak mesra alam menjadikan aku kekok dna enggan berpersatuan...

Bermasyarakat itu sesuatu yang sangat perlu dan penting. maka, aku tidak sewajarnya melarikan diri. Aku tahu dan sedar akan hal itu. tetapi aku seorang yang lemas berada dalam keramaian. Aku boleh berada tetapi cepat jemu jika bersama-sama. Sombongkan aku//


Ah, apakah sebenarnya yang aku mahu tulis...



Aku lihat dalam facebook kawan-kawan sekolah lama dahulu.. aku pandang tinggi kepada mereka ketika di sekolah kerana mereka pengawas, BADAR, dan orang yang ada kuasa... Namun aku jadi sedih melihat mereka sekarang. Mereka masih seperti dahulu, namun entahlah... Aku sangat takut diuji perkataan kapel atau cinta sebelum kahwin...

Berada dalam society bukan bermakna boleh terus mencari cinta dalam itu. Kita perlu sedar tujuan.. Tujuan berada dalam society itu..................

Adakah kalau menelefon setelah jam 12 berbincang hal masyarakat???
Adakah mesej 24-7 itu menandakan mereka banyak kerja
Adakah?
Adakah?
Adakah?



Arghhhhhhhhhhhhhhh/.............

Aku hanya manusia kerdil yang cepat memandang negatif mungkin..


Aku tahu yang aku perlu positif dengan banyak perkara namun kadang aku jelek....

Aku takut dijui cinta sebelum kahwin...
Allah, berikan aku cinta setelah aku sah menjadi miliknya..
Amin........

Allah, jangan kamu uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu..

Aku geli melihat..
namun setakat itu..
Aku manusia kecil

Aku takut diuji dengan itu...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...