Ada masa aku terlalu asyik dengan gumpalan awan cita yang aku bina dalam kepala hinggakan aku terlupa yang aku masih berpijak di bumi hijau. Aku melihat awan biru itu sangat cantik dan bermacam-macam corak hingga aku tidak teringat yang rumput itu mendamaikan hati jika aku pandang di pagi hari..
Adakah aku yang terlalu memandang awan yang jauh itu???
Kalau disebut tentang mimpi aku juara. Bercakap tentang cita-cita aku boleh masuk sama. Namun apabila diminta untuk dikota apa yang dikata aku hanya mampu mendiam seribu bahasa tanpa satu suara yang hadir dalam diri..
Aku terkelu sendiri....
Bagaimana aku mahu memperkatakan sesuatu yang aku tidak lakukan? Mungkin di sinilah letaknya ketakutan aku kerana aku sebenarnya takut apabila aku sering berbicara tentang sesuatu yang tidak aku lakukan..
JANJI.
Sampai satu ketika aku takut membuat janji. Aku sangat takut banyak sangat berjanji kerana aku sudah banyak memungkiri janji..
Aku kata itu, kata ini, akhirnya lain yang aku lakukan..
Tetapi kalau tidak berjanji seakan tidak memberi harapan..
Ya, sebelum meletak harapan perlu sedar akan kemampuan diri..
Jangan terasa nak panjat pokok kelapa kalau tidak mampu.. Hm...
KATA-KATA YANG AKU UCAPKAN
Aku kadang-kadang ketika emosi tengah memberontak untuk bercakap, keluarlah segala cerita.. Kadang termasuklah cerita-cerita manusia lain..,
Bukankah itu seperti memakan daging saudara aku sendiri???
Wahai diri.. sedarlah.. jangan asyik membuka aib orang jika kamu tidak mahu aib sendiri terbuka.. Ada perkara yang perlu disimpan daripada didedahkan.. Segala percakapan dan tulisan akan dinilai di hari pembalasan.. Astagfirullah...

Pastinya Allah akan menguji dengan apa yang kita lakukan.. Supaya kita dapat rasakan apa yang kita lakukan, Biar dapat kita letakkan kaki kita dalam sesuatu situasi itu. Hanya bercakap sahaja, kanak-kanak juga mampu lakukan, namun untuk dikota, hanya segelintir yang berjaya...

Comments