23 December 2010

Perihal Syair.




Muallaqat Sab'ah pun saya tidak ingat!
Hari pertama dalam kelas 'Arud wal Qafiyah. Permulaan yang baik sebenarnya apabila saya belajar sesuatu yang belum pernah saya belajar sebelum ini. Sebelum ini hanya sekali dua mendengar kalimah 'Arud namun belum pernah tahu apakah isinya.



Panjang lebar ustaz terangkan tentang keistimewaan syair yang menyebabkan syair itu kekal hingga hari ini. Lihatlah, manakah yang lebih kita senang ingat? Puisi dan lagu atau cerpen dan novel? Pasti jawapannya puisi/syair/lagu.



Cuba lihat, syair yang ditulis ketika zaman Jahiliah masih kita nikmati hari ini kerana walaupun masyarakat ketika itu tidak tahu membaca dan menulis, mereka mudah untuk mengingat syair itu. Mungkin sahaja memang keistimewaan masyarakat dahulu yang dikenali sebagai mereka yang tajam akalnya, namun lihatlah pada sihir yang ada pada syair hingga mampu membuatkan para pendengar menangkap bait yang diucapkan penyair walaupun hanya dengan sekali ucap.



Subhanallah.



Kerana itulah mereka terpesona dengan ayat-ayat al-Quran yang mana susunan kata dan maknanya tidak ditemui dalam syair. Indahnya syair indah lagi al-Quran yang diturunkan oleh Allah Yang Memberikan Ilham kepada penyair.





Ustaz berkongsi dua buah kisah yang mengkhabarkan tentang magisnya syair pada zaman dahulu. Saya hanya mahu kongsikan sebuah kisah.



Cerita bagaimana Amru ibn Kalthum (salah seorang muallaqat al-sab'ah) pada suatu hari mendatangi suuq al-Ukkaz dengan menunggang kuda lalu menghunuskan pedang ke tanah lalu mendendangkan qasidahnya.



100 bait jumlah qasidahnya.



Dan masyarakat arab yang mengerumuni beliau hanya dengan sekali dengar terus dapat menghafalnya dan dapat pula kita nikmati hingga hari ini.



Lihat, sebenarnya betapa magisnya syair hingga membuatkan hati mereka terus tertarik dengan sekali dengar. Bukan khutbah atau syarahan, tetapi syair.



Dan syairlah kata-kata yang dijadikan dalil dan rujukan untuk mengetahui tatacara arab, masyarakat arab dan tentang arab jahiliah.



Subhanallah..



Sungguh saya tidak pernah sedar sebelum ini...



Bukankah naluri seorang manusia itu lebih mudah tertarik kepada muzik dan irama berbanding kata-kata. Muzik asli yang terdapat dalam syair boleh digunakan untuk apa-apa juga syair. Itulah bezanya syair arab dengan lagu Melayu dan Inggeris.



Lagu kita didatangkan dengan muzik kemudiannya barulah hadir kata-kata. Sedangkan syair itu bermula dengan kata-kata dan hadirnya irama yang dinyanyikan.



Sekian, sedikit perkongsian pelajaran saya hari ini.



tetaplah di jalan ini,

5.21p.m/23.12.2010/ITD Taman Ilmu dan Budi. 

1 comment:

budak adab said...

sumpah setuju ngan post akak...

byw,muallaqat sab3ah tu sape?

boleh listkan x?