Skip to main content

{K.A.M.I} = Kita Satu Hati

Aku bukan sahabat yang baik. :(
Sahabat yang baik adalah pendamai jiwa buat sahabatnya. Sahabat itu mampu membuatkan sahabatnya tersenyum dalam duka, ketawa walau ada air mata mengalir di pipi, terukir senyum walaupun hati berdebar dirundung masalah diri. Tabah walaupun sedih menempuh hari. Sahabat yang baik tidak meninggalkan sahabatnya di belakang.

Aduh!

Indah sekali punya sahabat yang selalu ada bersama-sama aku menempuh hari. Ada bukan beerti sentiasa di sisi namun doa berteman saban hari. Hangat persahabatan itu sentiasa ada dalam hati. Hati-hati yang sentiasa hidup dengan rasa rindu atas nama Ilahi.

Alhamdulillah, ya Allah, memberikan aku sahabat yang mmeberi aku damai di hati.
Sahabat yang bisa membuat aku tersenyum penuh hati dirundung resah.
Teman yang melupakan aku kepada masalah yang mengganggu hati.
Kawan yang sentiasa membuatkan senyum terukir di bibir kata memandang foto yang dirakam sedar atau tanpa rela hati.
Aku mahu abadikan kenangan kita, sahabat-sahabatku. Andai kata perpisahan terjadi suatu hari, aku mahu foto-foto yang aku potretkan jadi kenangan persahabatan kita. Aku mahu hangatnya wajah kalian yang aku rakam menjadi ingatan malar segar dalam fikiran aku...

Kami punya karakter yang sangat berbeda

Sahabat, andainya perpisahan yang kita tidak duga terjadi dengan begitu pantas, aku pohon, kalian ingatlah diri ini dalam doa-doa kalian, Sesungguhnya aku bertuah dikurniakan sahabat-sahabat seperti kalian.. Aku bersyukur Allah bukakan hati kalian untuk menjadi seorang yang dekat dengan aku. Sahabat yang mengubat duka aku walaupun kalian punya masa terhad, kesempatan terbatas.. Terima kasih kalian...

K.A.M.I....
Itu nama folder tempat aku potretkan kisah-kisah kita. K.A.M.I. Terasa dekat dengan hati. Terasa sayu andai perpisahan terjadi. Terasa jauh walau bertemu selang di hati.

Namun persahabatan akan diuji. Andai mata tidak bertentang, doa di bibir tidak lekang.

K.A.M.I,
Persabatan misteri yang menjadi sebahagian takdir Ilahi. Empat diri dengan peribadi tersendiri. Citra kita sendiri-sendiri. Anugerah Allah beri hadiah tidah terperi. Kesempatan mengenali suatu yang tinggi...

K.A.M.I,
Kak Husni, Bib, Rokiah, Jamilah....

K.A.M.I,
Semoga persahabat kita ada nilai di sisi Ilahi.. Bertemu berpisah kerana DIA....

~Selamat berjuang, sahabatku... Andai berpisah di dunia, semoga diri ini tidak dilupa... Kisah kita.. Cinta kita.. Cita kita....~

Uhibbukunna fillah abadan abada....

Comments

:)
seronok bc post len. lg2 seronok bc post nie. :D
Cik Cumi said…
moga sampai ke syurga..=)

sangat seronok bila kita ada sahabat yang sefahaman dan memahami...

sangat bahagia bila ada sahabat yang selalu menyokong..

semoga berbahagia sahabat.=)
Jamilah said…
::umairah shafei::,

:)
huhu.. syukran ya Umairah.. Tulisan biasa tidak sehebat tulisan umairah shafei yang sangat mendalam..

Sekadar menulis apa yang dirasa.. :D
Jamilah said…
Cik cumi,

Amin.. Nanti nak cerita tentang PAKSI pulak.

huhu.. sayu baca komen cik cumi.. Saya doakan cik cumi juga diberi kebahagiaan dunia akhirat.. :)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...