19 February 2011

:.Rindu Buku.:

Semalam aku tersenyum senang. Senyum yang sangat lebar!

Setelah lama  (beberapa bulan) tidak mendapat buku baru sungguh haruman buku itu sangat menghantui diri sendiri. Bagaimana mahu aku lupakan ia walaupun dalam poket kertas mula menipis. Tidak aku kisah, asal sahaja kemahuan yang satu itu tercapai.

Setelah ada aral yang menghalang aku daripada ke Jaya Jusco Wangsa Maju (MPH Bookstore) Khamis lalu, akhirnya pada hari Jumaat setelah perlu menghadiri ceramah Internship di RMC (Research Management Center), aku tidak menunggu hidangan tengahari dihidangkan. Terus ke Hentian Safiyyah untuk ke JJ. Rasa rindu sudah tidak tertahan rasanya. Aku mahu dapatkan buku baru.. Buku Baru. Buku baru!

Sebenarnya alasan itu hanya luaran. Aku mahu mengubat hati sebenarnya. Perasaan yang tidak tenteram sehari dua ini tentu terubat kala aku memandang barisan buku yang teratur dalam MPH. Lagi besar kedai buku itu lagilah aku suka. Walaupun hanya keluar sendirian, aku puas menatap satu demi satu tajuk tajuk buku yang terpapar. Hilang semua kesakitan dalam diri dan aku tersenyum tanpa sedar.

Memandang tajuk-tajuk buku para penulis yang aku ikuti penulisan mereka, aku ambil dan letak kembali beberapa buah buku. Sangat tertarik untuk membeli novel kanak-kanak tajuknya Diari Aneesa dan Remaja Harapan oleh Hilal Asyraf,namun terpaksa aku letakkan kembali disebabkan ada buku lain yang lebih menarik hati.

Hampir sejam aku berada dalam MPH, dan hanya singgah sebentar di Guardian, aku pulang.. Sememangnya hanya itu tujuan aku. Mahu menatap buku-buku baru walaupun tidak mampu beli. Sesungguhnya masih banyak buku dalam simpanan yang tidak terbaca oleh aku. Oh, dalam maktabah yang penuh dengan buku itu tidak pula sentuh walaupun kulitnya. Hanya ke sana ketika ada assignment yang perlu disiapkan.

Seronok sangat semalam. Rasa macam nak keluar ke kedai buku lagi. Aku teringin untuk menjelajah ke lebih banyak kedai buku yang ada di Malaysia ini (kuala Lumpur khususnya) namun agak berat untuk aku realisasikan hanya dengan seorang diri. Namun, rasanya tidak mustahil untuk aku ke sana suatu hari kelak. Kerana cintaku pada 'kedai buku' menyebabakan aku tidak kisah walau terpaksa bersendiri. Aku tidak berjam-jam melihat tajuk walaupun akhirnya keluar tanpa sebarang buku, seperti seorang perempuan yang tidak kisah berjam-jam berada dalam pasaraya namun tidak satu yang dibeli. haha. Bukankah aku seorang perempuan.

Akhirnya semalam aku dapat dua buku baru.. Alhamdulillah. Hadiah untuk diri sendiri bulan ini.

=) [mahu ke Kino pula, lama tidak ke sana...Rindunya... ]

19.2.2011,
8.48a.m
Bilik Tivi 2 Safiyyah

No comments: