23 February 2011

.... (catatan tanpa tajuk)

Suarakan pada alam,
Jika tidak terluah dengan kalam,
Usah biar terpendam,
Kelam.
Berserah pada takdir itu bukan,
Namun hati menafikan,
Masihkah jasad ini punya perasaan,
menerus perjalanan.
Pada tulisan sering menukilkan,
Kisah silam dan masa depan,
Sampai takut kala perhatikan,
Gagal,
Berjaya,
Penat,
Suka,
Duka...
 Semuanya pernah bersatu dalam diri,
Namun seakan tiada erti kini.
Mahu dibakar semua catatan,
Mahu ditelan semua perasaan,
Mahu dilontar semua perkataan,
Namun ia hanya khayalan...
Perjalanan itu masih jauh....
Benarkah pilihan itu?

(Setelah beberapa kali dipadam, biarkan kata ini yang terpahat di sini..)

No comments: