02 December 2010

.umairah shafei.

salam ulangtahun kelahiran buat sahabat penulisan saya, umairah.

Bismillahirrahmanirrahim... Entri ini saya nukilkan buat yang bernama Umairah Shafei. [baca kisah bagaimana persahabatan kami bermula di sini.] Umy, maaflah, awal mengucapkan. Mula-mula mahu autopost, tapi tak jadi. Maka, saya ucapkan awal sehari, Maaf tau. =)

Umy,
Saya doakan semoga Allah lanjutkan usia Umy dalam iman dan sabar. 3 Disember yang bertandang semoga menambah kesyukuran Umy kerana Allah pinjamkan nafas dan kehidupan buat Umy.

Umy, maaflah beberapa hari lalu saya tanyakan pada Umy tentang hari lahir tu. Betul saya tidak ingat tarikh yang tepat. Tak tahu pula mana mahu dicari, saya tanya empunya diri. Maaf, tau. =(

[Umairah shafei.]

"Sanah helwa ya, Umairah. Semoga berkurangnya usia makin bertambah ingat kita akan bilangan hari yang makin menipis. Sedang kehidupan yang dilalui terasa masih banyak yang perlu diberesi. Terima kasih atas persahabatan kita. Semoga Allah rahmati dan berikan keberkatan dalam gerak Umy meniti hari. Saya doakan Umy dapat yang terbaik dalam kehidupan duniawi dan Ukhrawi. Juga jangan lupa, saya menantikan buku/novel/nukilan seorang Umairah Shafei. =] Sesungguhnya potensi dalam diri Umy sangat besar."

Hanya ini yang mahu saya nukilkan buat sahabat saya , Umairah Shafei. Ini blognya: [tekan]

2 comments:

hamba Allah. said...

salam'alayk.
jamilah, terima kasih banyak.
bingkisan macam nie yg dikatakan tak seberapa, cukup bermakna buat umy.
terima kasih yg tak terhingga.

moga Allah merahmatimu setiap detik & ketika.
amin3.
:)

doakan umy selalu.
:D

ps: tgk gambaq kt matrik tuuu..arrr..rasa mcm huhhh..dah besarnyaaaa seorang umairah shafei. eheh. :P

Jamilah. said...

Hamba Allah a.k.a Umairah Shafei,

memang tak seberapa yang saya tuliskan tu..

Amin. Moga Umy juga sentiasa dilindungi di bawah payung mardhatillah.

=] Insya Allah.

ps: haha, gambar tu je yang ada dalam simpanan kala ini. umairah shafei memang dah lain...