27 December 2010

tidak dapat bertenang.




Kamera inilah saya jatuhkan. [gambar carian di google]
Kisah ini kisah semalam. Ya, sekarang saya menulis kisah yang sudah berlalu. Almaklumlah saya hanya berkesempatan menulis apabila berada di tempat-tempat yang punya internet. Semalam saya mahu menulis namun internet di CC Safiyyah punya masalah lalu saya pendam hingga hari ini.



Ya, saya mahu menulis juga biar terlepas rasa itu...



Kisah semalam. Semalam yang saya ingat. Semalam yang saya dapat lihat dia tersenyum. Semalam yang buat saya takut. Semalam yang buat saya menangis dalam bilik air.



Ah, kisah semalam...



Petang kejadian ini berlaku. Ketika saya melihat dia berkayak. Seperti biasa saya tidak mahu menyertai apa-apa aktiviti dan melihat hanya daripada jauh. Walaupun saya tahu ia sesuatu yang mengujakan kerana ia perkara baru yang perlu saya cuba.



Sebelum itu, saya melihat dia bersama mereka. Saya diam. Saya sangat diam kerana saya sangat segan dengan mereka.



Subhanallah.



Saya ini alien yang bersama mereka. Saya malu sangat-sangat. Melihat bicara mereka, perawakan mereka yang islami.. Saya terasa benar seperti seorang asing yang turun ke bumi.



Asing.



Saya tahu saya tidak perlu ada rasa begitu kerana kita sesama manusia hakikatnya jasad yang satu. Titik.



Saya suka melihat dia tersenyum. Saya senang melihat kegembiraan dia. Saya senyum dalam hati namun saya benar-benar kaku dan segan. Sangat segan. Saya diam. Betul-betul diam hingga saya tidak berkata walau sepatah. Biarlah orang cakap saya sombong atau apa.



Saya hanya menangkap beberapa keping gambar dan merakam aksi dia bermain badminton. Saya senang melihat dia riang begitu.



Saya sedih. Dalam diri. Saya tidak boleh berlama di situ. Ada sebak datang. Ada air yang mahu tumpah daripada takungan.



"Kak Husni, saya mahu jalan di sana."



Saya tidak mahu berlama di situ. Nanti saya menangis.



Lalu saya melangkah. Dia mengikut. Kami ke tempat kayak dan di sinilah kejadian berlaku...



Saya menunggu di atas sementara dia dan seorang lagi sahabatnya turun bermain kayak. Sempat juga saya rakam sedikit dan menangkap gambar. Biarlah tidak cantik, saya mahu merakam dan menangkap foto dia.



Mereka sudah kembali. Mahu naik. Saya mahu menaikkan pendayung. Saya mahu bangun. Saya tidak sedar yang kamera ada di atas ribaan bukannya dalam poket jaket.



Blurpppp... benda jatuh dalam air. Saya lihat. Saya tergamama. Panik.



"Kak Husni... kameraaaaa..." Saya terkaku.



Dia yang turun untuk menyelamatkan kamera. Rasa saya lebih seminit juga ia terendam dalam air.Saya terketar-ketar. Dia juga. Saya tahu perasaan apabila benda yang kita sayang jadi begitu. kamera saya rosak kerana terhempas atas lantai. Itu tidak kisahlah kerana perlakuan saya sendiri.



Kamera Kak Husni sudah saya rendam dalam air dengan selamatnya.



Saya takut.



Saya sedih.



Saya mahu menangis.



Saya mhu menulis...



Akhirnya saya diam lagi. Petang semalam memang saya diam sangat-sangat. Sudah tiada rasa mahu melakukan benda lain.



Saya takut.......



"Kenapa Jamilah nampak risau sangat."



Ah, mana boleh saya tidak risau. Ditekan sedikit sahaja jantung saya seperti mahu terkeluar, dimarah sedikit saya sudah terketar-ketar, takut sedikit saya sudah kesejukan bagaikan mayat... Ah, saya memang begitu..



Hakikat yang  cuba saya sembunyi depan orang, namun apabila bersendiri saya lepaskan rasa itu.



haha. habis semua kelemahan saya tuliskan dalam blog ini. Biarlah!



"kak husni, kamera tu kalau rosak beritahu saya.. Saya tahu kak husni sayangkan kamera tu. Salah saya yang tidak berhati-hati... Saya tahu ia sangat bermakna untuk Kak Husni... Saya minta maaf sangat-sangat."



lega.



Saya hanya mahu menulis  di sini. Saya takut. Saya bimbang ia rosak. Sebab itu salah saya. Itu saya yang buat.



"kak husni, saya suka melihat kak husni gembira. Maafkan saya jika wajah saya yang toya dan diamnya saya membuatkan rasa tidak selesa. Saya segan sangat dengan mereka. Mereka semua islamik. Saya biasa-biasa saja. Rasa seperti orang asing pun ada sebenarnya... Saya malu.. malu.. malu........................................"



melontar semunya.

10.48a.m

ITD Taman Ilmu dan Budi.- 

 

3 comments:

BaiTiL a'tiQa said...

Sabar...
Sama2 kita yakin ada hikmah disebalik semua yang berlaku...
Mudah - mudahan ada ganti yang lebih baik...

"Tumpang merasa apabila membaca..."

Anonymous said...

Assalamalaikum..

k.husni berkata:

jamilah.. semua benda xde yg kekal..
biasa la 2.. Allah dh takdirkan kamera 2 mandi air tasik.. dh lama dia x mandi.. hehe

sbnr nyer kamera 2 jeles tgk k.husni main kayak.. sbb 2 dia turun jgk.. (peace) ^_^

jamilah,
semua org sama la..setiap org ada cara tersendiri.. jamilah senyap tp sgt2 bagus...
Tq temankn k.husni semalam...
best sgt cz jamilah bersama2...

lg 1, minta maaf m'buatkn jamilah takut, sedih dll.. maaaaafffff...... huhu....

ok...

JBJ tetap di hati KHB... hehe...

Jamilah Mohd Norddin said...

Kak Husni,

ye la tu..

Haha, perasaan yang berlebihan tu ditambah-tambah bagi mennyedapkan lagi cerita.

Haha..

=]

peace no war..

("_")

Oh, memang semua orang sama, tapi pandangan tetap akan ada bedanya. huhu.