08 December 2010

Berakhirnya sebuah percutian.

Apabila bertemunya saya dengan hari esok, berakhirlah sebulan percutian untuk semester ini. Secara tidak rasminya, tahulah saya akan keputusan yang saya peroleh untuk semester ini dan saya tersenyum. Senyum dan senyum.



=]



Menjengah laman yang memuatkan kata-kata mutiara untuk diri, saya tertarik dengan dua kata ini kerana ia terasa kena atas hidung sendiri.

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."


"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok" [sumber:gudangkatakata]


Semester baru, adakah saya masih yang lama? Tidak perlu tunggu hanya berlalunya satu tahun untuk memulakan azam baru. Pugarlah azammu setiap hari nescaya kamu nampak apa yang kamu perlukan lakukan setiap hari. Pendek kata, mulakan sesuatu dengan niat. Kamu akan bahagia walau apa jua pengakhirannya..



Senyum.



=]



sebelum esok,
1.49.p.m/8.12.2010
qamar Jamilah, mahang

1 comment:

Jamilah. said...

AinuL HayaT,

Waalaikumussalam, Ina.

Hm, pagi tadi macam nak lari tapi tak boleh jugak. Rasa rindu nak menconteng tu datang, jadi buka semula. Haha, maaflah ye.

haha, akak kan suka menukar dan terus tukar yang header tu.. Tak tetap pendirian. huhu.

=) Terima kasih. Ina juga. Nanti selamat kembali ke Universiti pertarbiyahan Mahasiswa.

keputusan? Erkkk.. ! (tercekik)

=]

~smile and smile~