12 August 2010

Kisah Da dan Lu'luah: Misi Ke Tol Gombak

Alkisahnya pagi ini Da mahu pulang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Maka terjadilah misi ke Greenwood pada mulanya namun bertukar ke Tol Gombak setelah Da menerima panggilan daripada adiknya.Kata Da, tidak perlulah Lu'luah ikut, takut nanti tak ada teksi untuk kembali ke UIAM. Da mahu naik bas 231 sahaja. Malangnya bas 231 sudah berlalu. Hanya ada sebuah teksi yang seprti menunggu kami untuk naik. Kata Da, adiknya telefon nanti kami gerak.

Telefon berdering. Adiknya sudah sampai di Tol Gombak.

Alamak! Kami masih di UIAM. Belum bergerak.

Kalut.

Teksi!!! Akhirnya lu'luah berjaya mengikut Da.. hihi.. suka Lu'luah hari ini dapat mengikut Da.

Dalam teksi, Pak Cik itu bertanya tentang arah yang mahu kami kami gunakan untuk ke Tol Gombak. Manakan tahu kerana tidak pernah pula kami ke sana. Akhirnya kami hanya mengikut. Dalam teksi terjaidlah perbualan... bla... bla.. bla...

"Kalau naik kenderaan awam ni, biar kita tunggu dia, bukan dia tunggu kita."

Hm.. Akhamdulillah.. kami juga akhirnya. Lu'luah tidak turun daripada teksi, kembali ke UIAM, dan Da selamat bergerak ke Negeri Cik SIti Wan Kembang. Alhamdulillah..

Dalam teksi perjalanan balik, pemandu itu berkata kepada lu'luah:

"Sanggup ye kamu ikut kawan kamu..."

Untuk rekod: menaiki teksi untuk ke Tol Gombak RM9.40 dan dari Tol Gombak ke UIAM RM4.10

Huh.. Adakah lu'luah mahu meninggalkan sahabatnya seorang diri?? Tidak.. Insya Allah...

Tamat... Kisah untuk hari ini...

2 comments:

Jamilah said...

Akhyar, bukan tengok arah kiblat tapi meter kat depan. Nak ke Tol Gombak yang sebenarnya dekat itu perlu u-turn yang agak jauh.. Memang drebar tu kata susah nak u-turn kat kawasan Gombak ni.

huh.

Cik Cumi said...

Shabat sejati sanggup buat apa saja...=)