13 August 2010

BERMINAT MENULIS PUISI???

Puisi yang baik lahir daripada hati...





Subhanallah.. Alhamdulillah.. segala pujian hanya milik Allah...


Hari ini aku tidak mahu mencoret apa-apa cerita. Hanya aku mahu kongsikan secebis pengalaman aku dalam penulisan puisi. Aku bukannya pandai menulis puisi, cuma mencoret ikut gerakan jemari.

Puisi bukan hanya mainan emosi namun perlu ada paksi. Pengalaman aku belajar adab, ustaz banyak bercerita tentang sastera islam.. terutamanya sastera arab.. Kita perlu sedar yang setiap kata yang terzahir pada puisi akan disoal. Perlulah kita bertanggungjawab dengan setiap bait puisi yang ditulis. Ada puisi yang terpesong akidahnya tetapi ditulis oleh orang Islam. Ada puisi yang nampak islami, namun penulisnya bukan Islam...

Berhati-hati jika menulis puisi. Jangan sampai makna tidak selari dengan akidah.. Ia akan mendatangkan kesan...

***
KENAPA PENULIS PERLU BACA PUISI UNTUK HASILKAN AYAT MENARIK???
1. Puisi mengajar menggunakan perkataan seekonomi mungkin;
2. Puisi menggunakan imaginasi yg sgt kuat;
3. Puisi adalah inspirasi;
Baca lanjut di blog sifu azmah nordin. 

***
Puisi tidak terhasil dengan begitu sahaja. Perlu ada syuur, ada hati untuk menghasilkan sebuah puisi yang menarik. Namun kadang-kadang puisi terhasil hanya dengan memggerakkan jari dan mencoret apa terlintas di hati. Yang penting ketika itu hati perlu tenang kerana jika serabut puisi akan penuh dengan emosi serabut, kacau dan apa yang kita rasa ketika itu...

Untuk belajar menulis puisi, mulakan dengan membaca puisi orang lain yang hebat-hebat, kemudian bina ayat sendiri.... Hasilkan sesuatu, tentu ada kesan... 

Insya Allah.. 


5 comments:

-hazen said...

mohon tunjuk ajar sifu.

Jamilah said...

-hazen,

boleh ke blog sifu: azmahnordin.blogspot.com untuk sertai bengkel beliau... Ada bengkel puisi di bawah tunjuk ajar saudara pa'aal.

Adimuz said...

Salam...

Saya setuju benar dgn saudari. Puisi bukan sekadar longgokan perasaan semata-mata. Juga bukan kata-kata kosong yang ditulis mengikut rasa semata.

Insyaallah, semoga kita mendapat keredhaanNya atas setiap ayat-ayat yang kita keluarkan.

Jamilah said...

Adimuz,

Wassalam.

Insya Allah, semoga redha-Nya bersama dengan tulisan yang kita hasilkan..

Amin.

Anzur Anuar said...

semoga berjaya. amin.. ;)

Myblog: rugi tak baca pelbagai cerita yang aneh, pelik, comel, ajaib disini