Tajuk Buku: Secubit Halwa Penawar Jiwa 100 Kisah kehidupan Pengarang: Zakaria Sungib Penerbit: Galeri Ilmu Tarikh Dibaca: 27-8-2010 TENTANG PENGARANG: (daripada kulit buku) Zakaria Sungib, anak kelahiran Johor Bahru, berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang kewartawanan dan penulisan. Mendapat inspirasi daripada siri buku Chicken Soup for the Soul yang telah membentuk ramai manusia, beliau mengumpulkan kisah-kisah kehidupan yang membawa nafas Islam. Beliau memilih kisah-kisah yang bukan sahaja mengandungi nilai keislaman yang universal tetapi juga membawa nilai Islam yang tinggi. BLURB BUKU: Cerita mempunyai kuasa dan pengaruh tersendiri. Melalui himpunan 100 buah kisah di dalam buku ini, pembaca akan menemui kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing. Kisah yang terkesan di hati. Kisah yang mencetuskan inspirasi, menjernihkan jiwa, seterusnya memberi motivasi. Pelbagai kisah yang diceritakan oleh ramai penerita ini merupakan koleksi 'halwa jiwa' yang memberi kesan pen...
catatan untuk mengabadikan