![]() |
https://www.deviantart.com/art/Roses-322967446 |
Namun dia tidak boleh mengalah. Itu sahaja senjata yang dia ada untuk meneruskan perjuangan kali kedua ini. Kalau jatuh lagi dan lagi sekalipun, dia perlu bangkit kembali dan tidak sekadar menyerah diri.
Dia harus ingat sebab dia kembali ke daerah pengajian. Dia sudah dapat apa yang dia inginkan selama ini. Belajar penulisan secara serius. Meski, setelah tiga bulan, dia seakan terasa perlu berfikir-fikir kembali tentang keputusannya ini. Namun sudah banyak wang keluarga yang dia habiskan untuk menyudahkan semester ini. Wang kakak-kakak yang sepatutnnya mereka guna untuk belanja diri dan keluarga sendiri, diserahkan kepada si adik bongsu yang menyambung pengajian. Dan rakan sebilik yang turut banyak membantu. Lagi, berkali-kali, dia menjadi seorang yang banyak termakan budi. Banyak menerima daripada memberi.
![]() |
https://www.deviantart.com/art/roses-11869460 |
Secara ringkas, dia suka dengan pengajian yang sedang dia jalani. Cuba kadang keseronokan itu hilang, tidak pasti bagaimana untuk dia kembalikannya. Ah, kita suka melakukan hal yang kita suka, namun berkira-kira untuk melakukan hal yang kita kurang suka. Apa sekalipun, dia sudah menyelesaikan semester ini, hanya berbaki beberapa sesi peperiksaan akhir dan menghantar tugasan yang belum dilangsaikan.
Yang dia perlu mengubah cara berfikir dan bertindak, jika mahu terus bertahan dan menamatkan pengajian. Tiga tahun bukan suatu tempoh yang lama. Bukankah dia sudah mengharungi empat tahun di daerah pekerjaan itu? Sepatutnya sudah banyak yang dia belajar dan ambil pengajaran. Bahawa dunia pekerjaan meski indah, terlalu banyak yang perlu diperhatikan lagi...
Ah, melakukan apa pun perlukan perhatian dan fokus. Itu kunci!
Selepas ini, masa untuk rehat seketika sebelum menyambung perjuangan. Insya-Allah.
Comments