Skip to main content

Perbualan Malam


Semakin meningkat usia, aku cuba untuk menjadi lebih terbuka. Terbuka tentang perasaan dan sangkaan-sangkaan yang ada dalam diriku. Tidak mudah untuk memecahkannya, namun akhirnya aku sedar yang masa bergerak terlalu pantas untuk aku terlalu melayan setiap perasaan besar dan kecil yang menghantui diri.

Beberapa kali aku memilih untuk berbicara dengan dia, rakan sebilikku. Rakan yang aku pilih untuk dia bersama-sama denganku sejak setahun yang lalu. Terima kasih, menerima baik dan buruk aku selama setahun ini.

Berada dalam sebuah bilik yang sama, yang mana tidak dapat tidak seorang gadis -Jamilah- akan menampakkan sisi sebenar yang tidak terlihat di dunia sebenar. Sisi yang cuba dia sembunyikan di luar, namun terserlah ketika berada dalam bilik itu. Dahulu, dia memilih bersendirian, sampai akhirnya dia membuka diri untuk boleh berkongsi bilik dengan rakan lain. Perasaan yang dia syukur sebenarnya, kerana sekurangnya dia tidak terlalu menunjukkan pemberontakan dan sedikit mengawal diri.

Malam itu.

"Kamu.." Aku terdiam. Memilih kata-kata untuk diucapkan. Mata sudah terpejam, sedang bibir dan kepala mahu juga mengatakan sesuatu. Sesuatu yang disimpan. Sesuatu yang dia mahu luahkan namun tidak terucap.

"Kamu..." Aku diam lagi.

Aku cuba mencari kekuatan. Sebelum ini, aku sudah banyak terlepas peluang menyatakan apa yang aku rasa, untuk berbicara kepada sang empunya diri.

"Kamu, saya minta maaf." Ya. Aku lebih tua beberapa tahun daripada rakan sebilikku ini. Namun aku memilih membahasakan diriku sebagai saya walau dengan mereka yang lebih muda daripadaku...

"Kenapa?"

"Saya minta maaf. Saya banyak menyusahkan kamu selama ini. Saya banyak menunjukkan sisi yang orang lain tidak tahu. Saya banyak menangis. Dan saya banyak sekali mengganggu kamu dengan luahan-luahan perasaan saya yang entah apa-apa itu. Maafkan saya."

"Akak, saya yang perlu minta maaf sebab tak dapat memahami akak. Mengapa akak begitu? Kadang saya hendak tahu tolong apa yang perlu." Sudah! Aku pula yang terpaksa mengesat air mata yang tiba-tiba terasa akan jatuh.

"Tak. Saya bukan untuk difahami. Abaikan sahaja dia." Aku membalas.

Aku meneruskan, "Kamu banyak tolong saya. Macam-macam. Semua orang yang hadir dalam hidup saya banyak membantu. Itu dan ini. Sejak zaman belajar, bekerja, menganggur, belajar kembali. Aku tidak pernah pun berikan pertolongan kepada orang lain."

"Apa akak cakap ni? Kadang kita tidak sedar pun keberadaan kita beri kesan kepada orang jika. Jika kita tidak ubah dia, dia ubah kita. Bukankah Allah hadirkan seseorang di sisi kita, ada sebab!" Tersentak sekejap aku. Betapa aku kadang-kadang terlupa akan hakikat ini.

Hakikat yang Allah hadirkan yang terbaik. Allah takdirkan yang terbaik, dalam setiap perjalanan, walaupun apa yang berlaku. Membuatkan aku teringat perjalanan-perjalanan indah dan kejadian yang pernah berlaku dalam hidup. Yang banyak membuahkan ilham untuk aku mengabadikan dalam tulisan.

"Saya tetap nak minta maaf."

"Tak ada apalah akak."

.
Nota: Kamu, terima kasih untuk perbualan semalam yang menghadirkan entri ini. Tidak semua tertulis, ada penambahan dan pengurangan, untuk aku baca semula sebagai ingatan buat diri. Terima kasih, untuk segalanya.             

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...