Skip to main content

Menutup Ogos di Istana Budaya

Ogos selalu menjadi istimewa untuk seorang Jamilah. Bulan yang menyaksikan bilangan angka usia bertambah satu. Yang memberi erti semakin berkurang masa hidup.

Selepas melihat iklan Tanah Akhirku dan merasakan aku mampu membayar harga tiket kali ini, aku menyimpan angan untuk ke sana lagi. Sekali untuk tahun 2018. Cukuplah setahun menonton sebuah teater di sana.

Bermula dengan cadangan mahu menonton bersama Kak Wanie Suhaini, namun tidak diizinkan rancangan itu terjadi. Aku tekad mahu menonton sendirian, pada sesi petang 31 Ogos. Namun malam 30 Ogos, aku cuba bertanya rakan sebaya, Wanza. Alhamdulillah, dia ada kesempatan masa pada 31 Ogos, malam untuk sama-sama menonton teater ini.

Antara kegembiraan aku, membawa rakan-rakan sama-sama menonton teater di Istana Budaya. Dan aku bersyukur, dia gembira menyaksikan teater ini. “Lupa semua hal bila sedang menonton. Hanyut...”
Teater sempena merdeka. Seperti tajuknya, Tanah Akhirku. Tentang seorang gadis, adik dan ibunya yang ke Tanah Melayu dari Tanah Besar China. Cabaran menyesuaikan hidup dan kelompok Melayu. Watak utamanya, seorang wanita. Dan kisah cinta hanya sedikit berbanding kisah hidup wanita utama dan perjuangannya untuk hidup, dari Tanah Besar China sampai ke Tanah Melayu.

Kami mendapat tempat duduk di baris kedua pentas. Memang dekat untuk menyaksikan setiap pelakon di atas pentas. Ya, aku suka menyaksikan orang berada di atas pentas, namun tidak pernah menyimpan hasrat untuk berdiri di situ... Ada hal-hal yang kita suka menyaksikan dari tempat duduk penonton sahaja.

Memang besar, dengan memasukinya, akan mendapat pengalaman yang mahal, namun aku lebih memilih untuk duduk di kerusi penonton atau berada di luar lingkungan dan menyaksikan dari jauh.

Semoga, berpeluang lagi aku menonton teater lain pada kesempatan lain pula.



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...