Bersembunyi

Kata-kata

Menjadi seorang yang lebih bebas menyuarakan semua rasa dengan kata-kata selalu menjadi hal paling menyenangkan untuk seorang dia. Bahasa kata-kata yang lebih lancar daripada buah bicara daripada bibir katanya. Kadang-kadang. Dia sangat selesa untuk menyuarakan dengan kata-kata, bukan dengan bertentang mata.

Dia akan buat tidak tahu tentang banyak hal yang berlaku di sekeliling dia. Semacam dia yang paling tidak mengerti akan semua perkara. Kerana, ada ketidakselesaan apabila dia mengetahui hal-hal yang tidak sepatutnya dia tahu, dan mengubah persepsi dia tentang banyak perkara. Mungkin kerana itu, sehingga sekarang, Tuhan menghadirkan tidak ramai orang dalam kehidupan dia, namun setiap orang yang hadir selalu memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang dia.

Sebagaimana pada bicara tersimpan banyak makna yang terselindung, demikian kata-kata. Yang menyimpan bicara secara bertulis. Yang menjadi bahan ketawa ketika sang penulis membacanya semula. Bahasa kata-kata selalu benar ketika ia ditulis. Namun tetap kadang menyembunyi makna.



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut