Skip to main content

Perbualan-perbualan Malam Masih Berlangsung

Ada ketika, masa sebelum tidur kami diisi dengan cerita dan perkembangan diri masing-masing. Kadang-kadang, berbual kosong...

Semalam, kuota perkataanku banyak. Entah perasaan apa yang merasuk diriku. Selesai sesi belek-belek buku, aku bercerita kepada dia tentang impian-impian dahulu yang sudah tertunaikan.

"Saya tak tahu nak buat apa lepas ni. Apa yang saya nak, saya selalu. Saya tak tahu nak buat apa lepas ni."

Entah bagaimana dan mengapa, kata-kata itu yang terbit selepas aku membebel tentang perjalanan aku selepas SPM sampai hari ini. Perjalanan dengam cerita sendiri. Bukankah setiap kita punya kisah berbeza?

Aku bercerita dengan dia tentang banyak perkara. Dan dia melayan sahaja kata-kata aku. Kadang, aku merasakan dia lebih matang daripada aku yang bakal memasuki angka 30.

Perbualan-perbualan malam sebemarnya sebagai terapi aku juga. Sejak aku semakin tidak menulis. Sejak aku ada "roomate." Apabila datang perangai luar alam, berceritalah aku tentang apa-apa yang aku mahu katakan.

"Saya tak nak pergi konvo."

"Saya buat perangai sejak sekolah menengah."

"Saya. Sayaaa... SAYA." Aku bercerita tentang apa sahaja yang aku mahu lepaskan.. Dan dia mendengar. Terima kasih, kawan.

Aku yang mementingkan diri. Hanya memikirkan soal diri sendiri. Tidak peduli dengan apa yang orang lain rasa, buat dan fikirkan...

Malam itu, aku tidur lena selepas meluahkan hal yang bersarang di kepala. Walaupun sekadar dengan bercerita...


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub