Entah mengapa aku seakan terbayang-bayang Almarhumah Adiba, junior UIA. Aku tidak mengenalinya dekat, namun aku boleh membayangkan wajahnya yang ceria. Sungguhlah, kematian sebagai peringatan. Apa yang kita miliki di dunia ini, apabila tiba saat yang ditetapkan, kita yang meninggalkan atau kita yang ditinggalkan.
Aku harus sedar yang setiap pertemuan akan berkawan dengan perpisahan. Aku menyedari hakikat ini, namun semakin menghampiri hari, aku semakin berdebar. Berdebar untuk "melepaskan" rakan serumahku. Namun pemergiannya demi bersama keluarga tercinta. Sekejap sahaja. Nanti perasaanku akan lekas pulih.
Jangan ditanya aku sedih atau tidak. Insya-Allah, demi kebaikan semua, perpisahan ini suatu kemestian. Berjauhan dengan keluarga itu tidak mudah.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments