Siapa yang berusaha, dia dapat. Itu sifir kehidupan.
Sudah setahun lebih aku tidak mempunyai gaji bulanan. Bergantung harapan kepada keluarga, walaupun sepatutnya dalam usia 30 tahun, masih berharap kepada mereka. Pengajian yang perlu bukan hanya setiap semester, tetapi setiap hari.
Dengan air mata. Kadang-kadang, ketika aku bertanya kepada mereka untuk memasukkan wang ke dalam akaun, aku memintanya dengan bekal air mata. Sebab itulah aku hanya akan menghantar mesej, bukannya menelefon. Ah, aku yang tidak berusaha, kan? Berusaha untuk mencari wang sendiri...
Hidup di kota, semua perlukan wang. Sedang sebagai pelajar pun, sekurangnya RM800 sebulan diperlukan. Makan, pakai, rumah sewa, tambang, keperluan, kehendak diri..
Pertahanan terakhir aku, buku kesayangan di ruang tamu. Dengan air mata, sedikit demi sedikit berkurang... Menampung perbelanjaan diri.
Alasan, kan? Aku boleh sahaja berusaha dengan cara lain...

Comments