Skip to main content

Sakit

Ketika "otak sakit", badan lekas terasa penat. Rasa penat yang luar biasa.

Padahal tidak fikir apa-apa sangat. Entah apalah sebenarnya yang bersarang di minda. Berjurai air mata turun. Di bilik. Di perpustakaan. Di surau. Tanpa mampu ditahan-tahan.

Baru separuh perjalanan. Jika fikirkan kerja, rasanya aku belum mulakan kerja. Aku fikir sedikit sahaja. Bercerita sedikit apa yang aku rasa. Namun air mata kali ini berpanjangan. Sudah dua hari. Dua hari berteman air mata tanpa sebab yang jelas.

...Semoga diberi kekuatan, selalu.

Comments