Cerita Ogos 2018

Ogos belum memasuki angka 10 pun. Namun sudah aneka rasa yang mendatangi diri. Dan Ogos ini, banyak menerima berita-berita kematian. Dan ketika hampir dua minggu usiaku bakal memasuki angka 29, badan meminta aku untuk berehat seketika. Meskipun sekarang memang aku sedang berehat lantaran sedang bercuti.

Rasa itu datang agak mendadak. Selepas beberapa hari dia berkata, "lama tidak demam." Terujilah dia dengan perkataannya.

Badan menanti petanda akan demam, dan perlukan kerehatan yang lebih daripada biasa.

Pada ketika ini, aku hanya berbaring meski sudah penat melakukannya untuk seharian. Membiarkan mata terpejam meskipun bukan lagi mengantuk mendatangi diri. Melayan rasa sejuk-panas-bukakipas- tutup dan buka lagi..

Ogos ini, selepas lebih setahun, aku "menyerah" kepada demam...



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut