Ketika melihat kejayaan orang lain, tentunya akan ada suara-suara dalam diri yang mempersoalkan akan kemampuan diri sendiri. Mengapa tidak juga engkau melakukan hal yang serupa? Berusaha untuk membaiki diri dan mencapai impian-impian yang belum terealisasi. Tidak semesti impian besar dan gah. Impian-impian kecil juga perlu ditunaikan. Mengikut kemampuan dan kemahuan diri sendiri untuk mecapainya.
Asalkan engkau terus berjalan, engkau tidak perlu gusar akan hasilnya. Ada hasil untuk orang yang berdoa dan berusaha. Bukan yang duduk sahaja dan mengaharapkan akan keajaiban yang berlaku.
Sampai bila engkau perlu berusaha untuk memenuhi keperluan diri? Sampai mati.
Tentu sekali engkau pernah mendengar, jika ada di tanganmu benih, dan ketika itu akan terjadi kiamat, engkau perlu tanam benih benih itu ke dalam tanah. Sampai demikian perlunya kita berusaha dan melakukan kerja, bukan hanya duduk-duduk dan mengharapkan akan ada kejayaan yang akan mendatangi diri. Penantian yang sia-sia.
Perlu melihat dan belajar daripada orang lain. Namun jangan lupa untuk engkau sentiasa memerhati perkembangan usaha sendiri. Adakah lebih baik dari semalam, atau sama, atau lebih teruk daripada semalam. Perhatikan!
Harus diingat dalam hati, Allah melihat setiap usaha, bukan hanya keputusan. Sedang manusia selalu meihat keputusan, bukan cabaran dan kesakitan yang perlu engkau harungi untuk mencapai apa yang dinamakan kejayaan itu.
02092018
PPAS, Selangor
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments