Walaupun banyak benda kita belajar semasa makin dewasa, tetap banyak perbuatan yang kita terbiasa sebab diajar sejak kecil.
Kadang, hal-hal kecil seperti lepas makan, basuh. Lepas memasak, kemaskan. Lepas makan di kedai, tolong kemaskan apa patut. Sampah, tidak buang ke luar kereta. Banyak lagi... Perkara yang kita lihat di sekeliling, menjadi amalan semasa kita besar.
Didikan sejak kecil. Atau belajar semasa kita dalam perjalanan meniti usia. Kita patut biasakan hal-hal kecil yang baik. Jangan sampai kebiasaan kita menyusahkan orang lain. Mudahkan urusan orang dengan mengurus urusan kita baik-baik.
#ilahusnabebel
Comments