Skip to main content

Perbualan Malam III

Sebelum masing-masing hanyut bersama mimpi masing-masing, aku membuka ruang untuk kami berbicara seketika.

Entahlah, sehari dua ini, banyak pula yang mahu aku bicarakan setelah melalui minggu-minggu yang enggan diceritakan. Biasalah, budak sekolah, penat sedikit, banyak emosi tergugat. Sudah bercuti panjang, banyak masa untuk berfikir, banyaklah pula yang hendak diperkatakan.

“Kamu, saya nak cakap ini.” Dia memandang aku. Sudah, dia mulalah tu. Buat sesi luah masa sebelum tidur. Entah. Aku rasa ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengatakan semua yang ingin aku luahkan. Tanpa aku simpan. Sebab aku makin sedar, makin menyimpan makin sakit, cakaplah apa-apa yang sepatutnya aku cakapkan. Agar tidak membuahkan penyesalan.

“Kamu tahu apa yang saya belajar daripada kamu? Belajar yang Allah sediakan perjalanan yang cantik untuk setiap orang. Perjalanan kita yang berbeza, diri kita yang berbeza watak, menyedarkan aku hari ini yang saya banyak belajar daripada insan-insan yang hadir di sekeliling saya. Jumlah yang sedikit, namun setiap insan yang hadir menghadiahkan pelangi untuk saya. Setiap insan yang hadir, bersama cerita yang menjadikan saya ingat kehadiran mereka, dan belajar sesuatu.”

“Kamu tahu, kamu banyak tolong saya. Macam-macam. Kereta, makanan, dengar luahan. Tiba-tiba tengah malam minta air.”
Semoga kenangan air itu kamu akan ingat sampai bila-bila. Selepas banyak mengeluarkan air mata, minta bawakan air pula. Hahaha. Entah apalah yang merasuk aku hari itu, hinggakan aku langsung tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Tentu kamu tidak tahu apa yang harus dibantu, kan? Biarkan sahaja dia, apabila selesai sesi air mata, legalah dia. Perasaan dia akan kembali tenang.

“Akak, tak ada apa lah tu.”

“Akak, mungkin Allah tidak datangkan seorang peneman hidup lagi untuk akak, tapi Allah datangkan teman di sisi akak yang dapat bersama-sama akak dan faham akak.” Benar. Setiap mereka yang hadir di sisi aku, menghulurkan kebaikan-kebaikan yang beri ruang untuk aku belajar banyak perkara. Banyak perkara yang aku tahu tetapi tidak sedar atau memang aku tidak tahu.

Kamu cuba menyambung lagi, “Akak, kita ini macam layang-layang. Tidak selamanya kita akan melayang di udara, sampai masa, kita akan mendarat di tanah jua. Asalkan kita masih ada tali di tangan, kita tidak tersangkut di dahan pohon, kita akan kembali ke tanah dengan selamat.”

“Kamu, jaga diri tau.”

“Akak juga.”

Kemudian, masing-masing hanyut dengan dunia masing-masing.

Nota: Kamu, aku tuliskan catatan yang ada penambahan dan pengurangan ini, agar dapat aku baca semula, dan ingat kenangan malam itu.


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...