Skip to main content

BUATMU YANG BAKAL MEMASUKI ANGKA 30-CATATAN 1

Buat seorang gadis yang bakal memasuki angka 29, dan insya-Allah, panjang usia, memasuki angka 30 tahun hadapan. Adakah engkau belum memikirkan hal-hal yang sepatutnya menjadi keutamaan?

Engkau masih mengesat air mata untuk hal-hal kecil, yang kadang engkau hanya perlu diam dan bertenang. Engkau menampakkan kemarahan dengan segera. Engkau berkata ya untuk banyak perkara, walaupun hal yang engkau tidak lakukannya dengan sepenuh jiwa.

Jiwa.
Di manakah jiwa dan cinta untuk semua yang sedang engkau lakukan, wahai gadis yang bakal memasuki usia 30?

Berpura-pura tenang, sedang gelora dalam jiwa semakin meronta mahu membebaskan segala rasa. Rasa yang kadang membuatkan engkau mahu menjerit, menangis puas-puas, ketawa tanpa hujung...

Semakin meningkat usia, manusia jadi semakin sensitif. Sedang engkau, masih sama seperti engkau pada tahun-tahun lalu. Membaca tulisan engkau, dan melihat realiti kini, yang seakan-akan mengulang apa yang berlaku. Sama. Berulang. Kisah sama dengan cara yang berbeza.

Tahukah engkau, wahai yang bakal menjengah angka 30?
Tiada yang kekal bersama engkau. Sakit hidup sendiri, tidak semua indah hidup tidak bersendiri. Engkau perlu berjuang di lapangan yang engkau berada sekarang ini. Lapangan hidup sendiri...

Ketika engkau melihat orang lain, jangan lupa melihat kembali dalam diri. Jangan lupa itu.

18072018
---fikirkan sesuatu. Tidak dapat dituliskan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk
yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...