Telaga Biru

11 April 2018.

Hajat awal mahu jumpa Kak Amirah saja, sebab dah lama berjanji.. Lepas jumpa terus baliklah.

Tipu. Sampai Booktique, terjebak sampai ke unit majalah, siap bergambar. Hahaha. Macam tak boleh nak tinggal sangat, kan walaupun dah lebih setahun aku tak lagi di Unit Majalah.

Daripada hajat mahu duduk beberapa minit sahaja, jadi hampir dua jam di sana. Sedut aura orang bekerja.

....Rasanya April tahun lepas aku ke Telaga Biru juga atas urusan mahu bekerja Part Time di PBAKL 2017. Dan tahun ini? Tetap aku mendatangimu, PBAKL.

Dan sebab sudah beberapa bulan tidak beli buku, dan menahan poket daripada keluar duit beli buku yang aku nak, hari ini bocor juga poket dengan empat buku baharu dan satu buku percuma. Yeay! Dah dapat buku #listen tinggal nak baca ja.. Bila tu nak baca?

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut