Seseorang pernah bertanya kepadaku, "apa perasaan anda melihat teman anda sudah berkahwin?" Ketika itu, kami di dalam kereta. Baru beberapa minggu selepas menghadiri pernikahan seorang teman.
Aku membuang pandang ke luar, "entah. Awkward. Rasa janggal. Hahaha." Aku menjawab ringkas, yang mewakili seluruh jawapan aku. Perasaan aneh, yang aku rasa jarak antara kami akan jadi jauh. Kami seakan-akan dipisahkan satu dinding tinggi, yang tidak dapat aku tembusi. Perasaan sementara, yang berakhir dengan penerimaan dan perasaan kembali pulih.
Kawanku tidak ramai. Ada yang sudah bernikah, dan ada yang belum. Ada pernikahan mereka aku hadiri, ada yang tidak.
Perasaan melihat rakan bertemu "belahan hati", tentunya gembira, syukur, dan sedikit sedih. Tipu sangat jika langsung tiada rasa itu. Bersyukur kerana mereka memasuki fasa seterusnya dan seterusnya, pastinya kita gembira. Sedih kerana, aku akan kehilangan masa bersama mereka lagi. Itulah hakikatnya.
Memang mengambil masa, untuk aku betulkan kembali perasaan aku, membuang rasa janggal yang tiba-tiba hadir. Namun kemudiannya kami kembali berbicara seperti biasa. Aku cuba bersikap seperti biasa, bercerita tentang apa-apa yang ingin dikongsi, dan membenarkan setiap perubahan yang berlaku. Kerana dunia berjalan perubahan berlaku dan terus berlaku. Perjalanan hidup diteruskan. Mereka dan aku.
Ketika mereka dimiliki, aku mendoakan kebaikan buat setiap perjalanan yang ditempuhi. Jujur, bahagia dan gembira aku dengan perkongsian-perkongsian di media sosial setiap kali aku meng"stalk" tentang kalian. Senyum dan gembira kalian, membungakan hatiku. Aku melihat, membaca, meski tidak meninggalkan jejak. Semoga kalian dilindungi Allah, selalu.
Salam sayang,
Jamilah.

Comments