Skip to main content

Short Sem's Story: Hari Keempat dan Kisah-kisah sebelumnya.

Bismillahirrahmanirrahim..
Life Goes On! Allah Knows The Best!

Awwalul kalam, sebenarnya kata-kata yang bakal aku susun ini hanya mengikut tari jemari yang bergerak daripada satu aksara kepada satu aksara. Mungkin rasa rindu mahu menulis seharusnya bisa aku lenyapkan dengan menulis pada buku-buku catatan walaupun tidak menaip di sini. Malang apabila akhirnya aku hanya membiarkan satu demi ayat yang terkumpul hilang begitu sahaja. Lalu, apabila malam ini aku berkesempatan untuk menulis, mahu aku tumpahkan segala yang mahu tercurah... =) Selepas ini, dan seperti juga catatan dan contengan sebelum ini, ia hanya contengan peribadi yang tiada unsur ilmiah, sekadar mencari kepuasan diri sendiri dengan melontarkan semuanya.

***

Ahad, jam dua petang, aku menjejakkan kembali kaki di Kuala Lumpur setelah tiga bulan berkelana di rumah mengurung diri. Akhirnya aku kembali lagi ke Tanah ini, dengan langkah longlai dan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam mencari erti sekujur diri yang makin tenggelam dan hanyut dalam dunia ini. Namun, sedaya mungkin dan masih mencuba menyingkir semua kata negatif dan tidak mengeluh kerana walau bagaimana sekalipun apa yang terjadi itu terbaik untuk aku. Mungkin tidak untuk orang lain, terbaik untuk aku.

Aku teringat kata Kak Husni dulu, kalau penat tak kan nak penat dua kali. Lalu, petang itu setelah aku mengelap dan menyapu apa yang sepatutnya, berulang alik mengangkut barang daripada stor di Blok C ke bilik baru yang letaknya di tingkat 4 blok D. Terasa sangat lega apabila selesai semuanya malam itu dan hari selepasnya berusaha membuang semua kertas yang tidak diperlukan. Aku tidak lagi berminat untuk menyimpan banyak barang dan dalam proses mengangkut buku pulang ke rumah. Biar lapang bilik kecilku yang menghadap gelanggang badminton itu.

Bagi orang lain, memang membuang masa apabila aku hanya mengambil satu subjek untuk semester pendek ini, namun secara personal aku rasa tidak selamat mengambil banyak subjek seperti yang aku lakukan seperti lepas. Kononnya 17.5 credit Hour akhirnya aku rosakkan semuanya. Alhamdulillah, walaupun aku hanya bisa merangkak dan tidak bisa berjalan atau berlari seperti orang lain, aku bersyukur. Syukur dengan kesempatan yang masih Allah berikan untuk aku berada di sini. Terima kasih Ustazah Nadwah. Sangat terhutang budi dengan beliau. Tolong, saya mahu kerja part-time.

Entah bilakan dapat aku beli buku Lisaniyat berwarna merah yang akan digunakan untuk subjek GL ini. Nampaknya perlu pulang ke rumah dulu, dan menge'pow' duit kakak untuk membeli buku. Minggu depan hanya ada satu kelas, dan sepertinya mahu aku pulang Jumaat ini  juga disebabkan perkahwinan kakak yang akan dilangsungkan minggu depan. =) Semoga Allah permudahkan segalanya.

Tadi petang aku cuba untuk mengira subjek yang berbaki dan nampak seperti kelam untuk aku grad pada 2013 dan boleh jadi 2014 barulah aku grad. Namun aku sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku asal sahaja mahu terus positifkan diri dan rileks sudah. Allah ada. =) Allah sangat tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Semalam, aku membelek-belek koleksi buku catatan yang tertulis impian dan contengan aku sepanjang di sekolah menengah hingga menjejak bumi Gombak. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Allah Maha Mengetahui segalan bisikan hamba. Apa yang dicita Allah beri.. Malah Allah sentiasa memberi lebih, lalu mengapakah kamu tidak tahu lagi untuk bersyukur. Syukur yang perlu diterjemah dengan af'al bukan hanya dengan kata-kata.

Dalam kelas GL (general Lingustics), ustaz memperkenalkan diri. Ustaz 'Asim Ali dari Jordan. Graduaan University of Jordan 1983 dan fasih bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Melayu, dan sedikit Rusia.. Subhanallah. Bicaranya mendalam dan wajahnya tenang, seakan mahu menghilangkan gundah dihatiku. Semoga dipermudahkan segalanya, Amin..

Mengharapkan sesuatu dan cuba untuk menghilangkan mana yang buruk. Semuanya memerlukan usaha. Membaca buku tentang  Rabiatul Adawiyah itu, mengingatkan aku betapa beliau pengharapan dan cinta-Nya yang agung hanya untuk Allah.. Allahurabbi..

Terus dan terus melangkah meski hanya bertatih dan ketinggalan. Aku sepanjang berada di UIAM dan bergelar pelajar bahasa Arab sebenarnya langsung tidak terasa yang aku ada BATCH. Mungkin kerana aku tidak rapat dengan ramai orang dan langsung tidak menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh society. Aku lebih suka menyembunyi  dna biarkan tiada yang mengenali aku. Ketika mendaftar subjek, aku tidak mengikut perancangan, hanya ikut suka hati yang menyebabkan aku seperti tidak kenal BATCH sendiri. Ya, ada aku kisah?

Maaf jika aku tidak menunaikan hak seorang sahabat dan hak seoarang insan kepada insan yang lain. Sekadar duduk dan perhati tanpa berbuat apa-apa sedangkan di sekeliling aku ramai orang memberi itu ini, buat baik dengan aku, tolong aku banyak benda, cuba bangunkan aku, ambil berat tentang aku... macam-macam. Sedangkan apa yang aku buat untuk orang lain? ~no answers!~

Asalkan Allah masih sediakan ruang untuk aku belajar di sini, lalu nikmat apakah lagi yang mahu aku dustakan.

Sekian, untuk kali ini.

Berangan untuk menulis kisah short sem ini. 
ITD, 0839pm/11.5.2011

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub