Pergi Tak Kembali.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

30 april 2011,
Allah menjemput Pak Tehku menemui-Nya,
Setelah empat bulan yang lalu Pak Langku dijemput kembali menghadap Hadirat Allah.
Maka,
Setiap janji Allah itu pasti.
Allah lebih menyayangi mereka.
Al-Fatihah.

***
Allahyarham Pak Teh Jit,
Dahulu pernah kadang membawa aku pulang daripada sekolah,
Ayah kepada sepupu yang sebaya denganku...

Jumaat lalu,
daripada jendela rumah,
Aku pandang arwah di muka pintu,
Tengahari Jumaat,
Hujan.

Semalam,
Allah menjemputnya pulang...
***
Siapakah yang dapat engkar pada perjanjian maut yang tertulis di Azali,
Masanya hari ini,
Sedang kita???

Qamar Jamilah/0756pm/1 Mei 2011.


Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut