Skip to main content

Di Jalan Ini Kakiku Melangkah.


Pagi yang dingin. Sejuk. Nyaman. Di luar pepohon masih basah dengan embun bercampur air hujan yang melimpah banyak semalam.seketika membiarkan jemari terus mengakur aksara pada papan kekunci sebelum aku benar-benar kembali ke dunia nyata.
Benarkah aku menulis kerana minat? Atau sebenarnya aku menulis kerana dahaga apa yang dinamakan wang ringgit. Kerana hasil penulisan yang sedikit mampu memberi pulangan yang boleh dikatakan lumayan. (bagi seorang yang seperti aku.. boleh dibuat belanja juga wang honoranium itu)

Jika benar niatku, -adakah benar niatku ini, duhai hati, istiqamahlah pada jalan SATU- tentu aku berjaya menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat pada saudara yang menanti di sunia luar. Sedangkan aku sendiri masih terkapai-kapai mencari perahu yang dapat membawa aku pulang ke pelabuhan keampunan. Perahu yang tidak perlu mewah, namun memberi aku sebuah janji yang bernama harapan, agar aku kembali bersedia untuk menabur bakti, menghasilkan penulisan dengan harga keikhlasan bukan mata yang terbuntang hanya kerana teringatkan wang dan mahukan kemahsyuran. 
Ini catatan yang aku ketemu dalam contengan-contengan yang pernah aku tulis. Jalan penulisan. Medan ini juga yang aku pilih untuk menumpahkan aksara. Namun semakin hari makin tumpul pensel yang tidak diasah itu namun masih aku gunakan. Penulisan itu perlu disertai cinta dan niat yang BETUL barulah akan terhasil sesuatu yang bukan hanya untuk diri sendiri namun untuk orang lain.

Apa lagi yang dapat aku berikan kepada orang lain? Adakah dengan aku memerhatikan hasil penulisan orang sekarang, aku hanya mahu duduk diam tanpa mahu sama-sama memeriahkannya dengan penulisan kamu pula? Bukan itu yang penting sangat namun sesungguhnya masyarakat dahagakan sesuatu yang dapat mengisi kalbu juga, bukan hanya tulisan yang terbang ke udara dan hanyut dalam pergaulan bebas lelaki perempuan belum berkahwin.

macam mereka yanh bergelut dengan dunia filem. Aku kagum pada penulis skrip yang bisa lari daripada kebiasaan. Menjadi berbeda memberi keistimewaan kerana orang akan suka sesuatu yang baru bukannya yang sama. Asyik lihat cerita hantu hari-hari naik semak juga kepala. Tonton cerita korea setiap hari, lagha.. TEngok cerita Inggeris setiap masa, leka..

Akhirnya, akulah yang membuat pilihan untuk diri sendiri. Berada atas jalan penulisan seharusnya memberi aku kepuasan kerana sesungguhnya ini akan menjadi satu jariah yang tida terputus. Bayangkan kamu mati tahun depan dan sudah hasilkan buku, orang pula membaca buku itu dan melakukan sesuatu bukankah ia akan memenuhkan kantung amalmu kala kamu sudah tidak dapat membuat kebaikan..

Menulislah... Menulislah dengan nama Allah Yang Menciptakan.

Menulislah daripada hati yang bersih... Jiwa yang tenang.. Hati yang damai...

"apabila mati seseorang anak Adam terputuslah semua amalan melainkan tiga: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh."

pen off. wassalam.

Qamar Jamilah/0733/19.5.2011

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...