sehijau warna daun. |
Memandangkan aku sudah mahu kembali ke Kampung Gombak, mahu juga aku mengimbas kembali melihat 'pembaziran masa cuti' yang telah aku lakukan tiga minggu di kampung.
- BACA NOVEL
- MELAYARI INTERNET
- MAIN GAME
- TIDUR. BANGUN. TIDUR. REHAT. MAKAN. TIDUR.
- KE SUNGAI PETANI
- KE SELAMA
- MENGEDIT...
Kembali ke kampung Gombak, aku hanya mengambil satu subjek untuk semester pendek ini. Tidak terdaya untuk aku menyesakkan kepala dengan mengambil risiko lagi. Cukuplah berendam air mata semester lepas dengan perangai tidak semenggah yang dilakukan diri sendir. Malu jika dikenang-kenang kembali. Mungkin nanti aku perlu menuliskannya kembali agar aku ingat apabila aku baca dan baca semula.
Tidak kisahlah jika orang mahu kata yang aku bazirkan masa dengan mengambil subjek yang sangat sedikit. Kemampuan aku tidak sama dengan orang lain. (huh, manjakan sangat diri sendiri.) Menerima dan cuba berinjak daripada satu titik menuju satu titik supaya kelak aku juga sampai ke garis penamat. Aku sudah tidak kisah meskipun terlambat aku pergerakan aku seperti siput berjalan, asal aku bergerak. Bergerak dan tidak matikan diri sendiri sebelum masanya.
Cukuplah sekali.
Baik, kita mulakan cerita baru. Jika dilihat, ditilik dan direnung, kegagalan yang berlaku bukan kerana 'kebodohan' namun sikap 'bena tak bena' diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasih seseorang melainkan dia berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri.
Allah beri yang terbaik untuk kita, bukan semua kesukaan, malah yang TERBAIK.
Fighting!!!
Qamar Jamilah/9.40p.m/6.5.2010
Comments