Skip to main content

RANDOM RANT 2

Semakin hari semakin aku meluahkan semua yang bersifat peribadi di sini. Aku tidak tahu, tetapi masih menulis juga. Tidak selamat. aku sedar akan risiko aku bercerita banyak perkara di sini, namun aku masih dan selesa meluahkan di sini. Walaupun ia hanya sebuah komunikasi satu hala. Namun semua tulisan aku yang aku nukil menjadi manuskrip di sini mungkin tidak semua menggambarkan aku yang sebenarnya dalam dunia realiti. Mana mungkin. Entah. Bukan aku tidak cuba untuk berkongsi, akhirnya medan penulisan yang aku pilih untuk bercerita. Sila tekan butang X sekarang.. aku mahu mula merapu...

Membaca tulisan Umairah Shafei hari ini membuatkan aku termenung seketika. Betapa jika itu yang beliau nukilkan, aku bagaimanakah lagi? Lebih-lebihlah aku membiarkan pembaca (jika ada yang terbaca) hanyut dengan tulisan tidak ilmiah aku. Pergi sini-situ aku cerita, buat itu-ini aku tulis...  entah. kadang malu sendiri sebenarnya membaca tulisan sendiri namun aku masih meneruskan tulisan di sini. terus dan terus menconteng walau selama lebih empat tahun aku menulis di blog dan padam-tulis-padam-buat blog baru. Aku tidak dapat memadam lama-lama atau privatekan blog itu lama-lama. Akhirnya aku akan kembali menulis..

Kemudian, petang ini aku terbaca tulisan ustaz Zakaria bahawa seorang penulis itu harusnya punya tiga cinta:
  1. Cinta pada buku
  2. Cinta pada penulis
  3. Cinta pada penulisan.
Benar sekali. Kerana cintalah yang bisa membuatkan seorang itu terus dan berterusan menulis. Sedang aku? apakah yang aku lakukan? Sekadar mengeluh-merapu-menconteng di sini namun apakah usaha yang aku lakukan andai benar ada cinta itu...

Teringat pula kata-kata Hilal asyraf pada bengkelnya yang aku pergi dulu... Penulis itu hubungannya bukan hanya penulis-pembaca tetapi penulis-Allah-pembaca. Malah, selalu sahaja terdengar tulisan yang datang daripada hati lebih mudah meresap masuk ke dalam diri.

Bagaimana?

Kerana itu tentunya ada ketika kita suka membaca tulisan seseorang, namun ada ketikanya kita membaca satu baris dan kenudiannya terus rasa mahu berhenti membaca, kan?

Bilalah agaknya manuskrip yang tertulis itu akan menjelma nenjadi buku? Titttttttttttttt.

=)

Sekian, rapuan kali ini

1536@Qamar Jamilah@18.5.2011





Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...